Recent Posts

Wednesday, October 28, 2009

Bila hujan turun

Bila hujan turun,
aroma bumi menusuk hidung,
jelas kenangan mendaki di sebuah gunung,
bau fauna sungguh indah

Bila hujan turun,
lebat memercik seluruh tubuh,
jelas kembali kenangan semasa kecil,
bermain di padang nan basah

Bila hujan turun,
atap zink kuat bergetar,
jelas kembali kenangan di rumah atok,
baldi air ditadah, takut air bah

Bila hujan turun,
tandanya tuhan sayang pada kita
tiada air,
tiadalah kehidupan.

p.s. penulis tengah boring di ofis, time waktu hujan lebat.. syiokkk...

Saturday, October 24, 2009

Yakin!

Baru2 ini aku mengalami satu keyakinan untuk menjadi freelance. Tak banyak naiknya tapi bolehlah aku mengubah strategi dalam kerja partime dan melaksanakan impian untuk melakukan perubahan.

Keyakinan itu berdasarkan perasaan hati; aku bukan dimiliki oleh sesiapa, aku ialah aku, akulah yang boleh mengubah nasib aku, bukan orang lain. Memang perasaan ini kalo sentiasa disematkan dalam hati boleh memacu ke arah dituju. Bak kata abah aku, hasilnya tidak penting, tetapi usaha itu. Of course orang yang smart, akan bertindak smart. So, rancang strategi, lihat peluang yang ada, nilaikan, buat, lakukan perubahan & improvement.

ps: ayat nih untuk motivasi diri sendiri.

Haik, dah berubah arah?

Aku ke Mid Velly untuk usha Leica 25/1.4, alhamdulillah lens tu takdek, kalo tak aku pasti akan memperabihkan RM3.5k malam tadi. Nampaknya aku kena melaburkan duit itu ke tempat lain lah gamaknya. So far gears aku dah pun cukup cuma aku nak tambah stim dengan lens yang betul2 boleh menghasilkan bokeh yang marveles.

Time dah pun magrib aku pun ke surau sebelah Jusco. Aku pun pelik, hawat kiblat dia dah terpesong belah sini plak. Ter'tilt' 90 degree pulak tuh. Rupa2nya selama ini semua orang yang solat di situ memang silap la arah kiblatnya. Mesti ada kes sehingga dia jadi begitu. Memang aku salut la orang yang berani menegur perkara nih. Semoga dia dapat pahala yang banyak. Wallahuaklam.

Wednesday, October 21, 2009

Jambu

Adalah satu hari, ketika hendak pulang dari kerja. Aku pun singgah ke sebuah stesen minyak untuk mengisi minyak. Nun tidak jauh dari situ ada sebuah gerai menjual jambu. Sambil mengisi, terasa memang teringin bebeno hendak membelinya, dah la lapar, hendak pulang makan kena tunggu sejam lamanya. Alang2 juga dalam fikiran nak sapot orang meniaga, Melayu pulak tuh. Seringgit dua apa salahnya kan?

Aku pun drive-tru ke gerai tuh. Oh, satu famili berniaga. Jambu sehinggit kataku. Ku lihat, air yang direndam jambu tuh kuning warnanya. Humang hai, panjangnya kuku... ku lihat jambu2 yang belum siap dipotong kulitnya terabur di dalam bonet kereta, alamak!! Biar jambu (baca betik)!! Pakaian mereka ku lihat tak bersih, dengan kulit2 jambu terlekat pada baju. Dah la tak pakai sarung plastik tangan sambil mengupas jambu tuh, tangan yang sama juga disapu2 ke baju, seluar dan mana2 yang dicapai. Kendian, dengan tangan yang sama dicucuknya sebatang straw ke dalam bekas minuman, tapi tak masuk, dicucuk kali kedua tak masuk gak, pastuh dia gengam straw tu dan dengan daya terjahan yang kuat, barulah masuk. Eiiii.... loya gak aku tengok. Bayangkan separuh straw tu tenggelam dalam air jambu, pastu korang hisap...

Aku haraplah, peniaga2 jalanan nih ada satu standard kebersihan yang baik, sekurang2nya pakai sarung tangan dan pakai apron. Tak kesahlah dia meniaga jambu ke, air ke, cengkodok ke, burger ke, nasik himpit ke, apa yang penting, BERSIH. Tu belum minyak yang sama digunakan berulang2 untuk menggoreng. Aduhai...

Kebanyakkan aku lihat, berniaga kat tepi jalan ditempat orang lalu lalang yang ramai memang mmbawa keuntungan yang besar. Mau2 RM200-300 untung bersih sehari. Ntahlah, ada orang kata lagi kotor tempat tu lagi sedap makanan tuh. Bagi aku, kalo sedap tapi boleh sakit, terima kasihlah. Lebey baik beli roti aje. Pastuh makan kat rumah.

Wednesday, October 14, 2009

biziiiii

Kebelakangan ini aku agak bizi dari pagi sampailah ke tengah malam, setiap hari. Di tambah pulak 2 projek besar yang mungkin diluluskan dalam bulan 11, bertambah2lah kebizian aku nih. Aku rasa adalah dalam 2 tahun aku jarang tengok t.v, nasib baik lah tak pasang Astro, membazir aje, dah lah mahal bayaran bulanannya.

Adakalanya aku takut juga jikalau kebizian aku nih boleh menyebabkan aku lalai dari-Nya. Adakah ujian ini dibuat untuk melihat kita bersyukur atau kita kufur dengan nikmat-Nya. Ataupun biasa sahaja? tiada pape.

Perkara rutin harian yang dibuat selalu jikalau diikutkan memang boring, hanya perasaan ketanggungjawaban & komitmen yang tinggi yang memandu perasaan itu betul2 di landasannya. Kadang2 cuba diselitkan hobi lain seperti melukis kartun atau menonton wayang sebagai hiburan, dan kini ada sedikut perasaan ingin berbasikal pula.

Dah berpuluh2 kali Fazilah Kamsah berbicara dalam radio 'asas orang berjaya ialah disiplin'. Ada la jugak berulang2 kali aku terbaca 'subconcious minds are more greater than subconcious minds'. Secara praktikalnya memang aku hebat dalam kedua2 perkara di atas tetapi kejap dia turun kejap naik. Dan aku lihat semangat itu datang apabila aku datangkan perasaan minat, fokus dan terus buat. Macam artikel yang aku tengah taip nih la.

Orang lain boleh aje buat 11 perkara dalam 1 masa, takkan aku yang masih belia remaja nih baru buat 2 perkara dah terkantol. huhuhu...

Tuesday, October 13, 2009

First contact

Aritu aku ada ler terbaca mengenai satu artikel sains nih, dia kata mengapa makhluk asing tak cuba buat first contact dgn manusia, padahal diikutkan teknologi makhluk asing nih berbilion-bilion tahun lebih maju dari manusia. Begitu juga kita, tiada trace langsung tentang kehadiran makhluk asing kat luar sana. Pelbagai frequansi radio cuba dihubung, tetapi zero, takdok.

Berbagai2lah teori, hipotesis yang diorg kemukakan, antaranya makhluk asing nih dok jauh sangat dan bermacam2 lagi lah. Tapi yang menarik otak aku ialah dia tak sempat pun berhubung, pasal mereka sibuk berperang antara jenis mereka.

Ironinyer, sama juga seperti manusia, lihat sahaja geopolitik dunia sekarang nih, siapa kuat dialah hebat. Perang pasti berlaku antara baik dan jahat. Perang pasti berlaku disebabkan kuasa. Cuba tengok zaman purba dahulu, bukankah kita seperti mengulangi perbuatan mereka? cuma skopnya besar, teknologinya dah semakin canggih maka impaknya pun juga besar.

Saturday, October 10, 2009

Penat

malam ini aku sungguh penat,
penat tang badan,
penat tang fikiran.

penat betul ni,
bila penat, hilang mood,
hilang semangat,
hilang arah.

penat perlunya rehat,
penat perlunya dingin,
penat perlunya tidur,
penat perlunya berhenti.

aku penat ni,
biar aku berehat.

Monday, October 05, 2009

Bala dalam bala

Dasyat betul gempa bumi di Padang, bayangkan 600 orang tertimbus hidup2 disebuah kenduri kawin.

Dasyat betul, bukan sahaja orang Malaysia bahkan orang Indonesia pun kena juga 'sweeping'. Bukan dengan buluh runcing, tetapi dengan runtuhan bangunan.

Dasyat betul dengan orang yang suka menangguk air yang keruh, bahan asas naik berkali2 ganda, minyak, petrol, tiket katebang. Bukan ke tu tandanya zalim nak kena bala sekali lagi ke?

Dasyat lagi orang yang tak pandai bersyukur, kita duduk di negara sendiri bergaduh sesama sendiri pastuh penting diri sendiri.

Memang dah sampai masanya dunia nih dah nak terbalik. Kita aje tak sedar dan leka.

Thursday, October 01, 2009

tengok wayang

Tak produktif aku malam nih. Selalunya ada la kerja2 album yang boleh aku buat, tapi harinih aku tertengok movie, G-Force 3D kat KLCC, secara tak sengaja. Aku rekemen la korang tengok movie dlm format 3D, gempak siot. Mau nak terkeluar orang kat dalam screen tuh, real 3D. Ada 3 mende yang tak best bila tengok 3D (selain tiket yg mahal), pertama kalo ngko rabun & pakai spek, alamat kena berlapis lah bila pakai 3D spek yg diberi, yang kedua, takdek subtitle melayu (takkan subtitle pun nak 3D gak kan?) yang ketiga spek tu telah dipakai orang (boleh jadi punca jangkitan H1N1). Huhuhu...

Hari ini dalam sejarah, aku membeli buku moleskine notebook (bukan laptop, sebuah buku journal) yg berege RM89.00. Bapak mahal gilooos... Inilah satu2nya buku yang kucari sejak sebulan lepas dan memang tak jual kat kedai buku biasa.

Okeh. Selamat malam.