Tengah2 godek2 internet, terjumpa blog mengenai matlumat pemakanan, makanan dan yg berkaitan dengan kesihatan. Antara info yang paling kita tak sedar ialah penggunaan MSG (perisa yang menyedapkan lidah, spt ajinomoto) dalam makanan. Cubalah baca dan selidik di sini, pasti kalo korang membacanya korang pasti terperanjat. Yelah KFC tu kan sedap dimakan.
Semalam aku ada tefikir untuk kurangkan makan kat kedai mamak pasal mahal, milo ais sehinggit lapan puloh sen. Lebih baik aku bancuh sendiri kat rumah. Duit pun tak banyak keluar. Kemudian, makanan yang selalu aku order maggie goreng telur mata. Uih, banyak MSG tuh, tu yang membuatkan rambut aku beruban tuh. Isk, memang bahaya betul.
Kalo nak difikirkan sedap, memang makanan yang berlemak, manis, berperisa, bergas dan bewarna sedap. Kata orang, alah, muda lagi, ko makan aje ko nak makan. Tapi kalu sebab makanan tu kita boleh kena kenser, mau tak kita terfikir seploh kali. Sebenarnya penting bagi kita untuk menjaga kesihatan kita, bahkan tuhan suruh kita jangan menzalimi diri kita kan? Kesihatan yang ok, senanglah nak tambah usaha dan ibadat.
Salah satu blog lain macam kat sini pun best gak.
Recent Posts
Tuesday, September 29, 2009
Sunday, September 27, 2009
Apa pulak selepas raya?
Posted by
Safa Soib
Selalunya jikalau orang meletakkan tahun baru sebagai permulaan azam, aku pulak selalu meletakkannya selepas Ramadan ataupun pada tarikh hari lahir aku.
So? Apa yang bermain2 difikiran aku?
Puasa 6- Rugi kalo tak berpuasa 6 dlm bulan syawal nih. Tapi payah nak buat, pasal nafsu makan power beb. Ku cuba.
Konsistensi ibadat selepas ramadan- Solat jemaah? tadarrus? qiamullai? solat sunat? hmm... ku cuba jugak.
Editing album- Sehingga awal tahun depan, aku dan editor aku akan ada (dan termasuk yang terpending) total sebanyak 15-17 album kena disiapkan. Banyak siot...
Thesis writing- Aku malas nak fikir.
Donkomik- Tengoklah camana, kalo rajin aku buat. Sekarang nih aku cuba untuk meminati sketching, illustration & storytelling.
Reading books- Dalam cadangannya aku ingin membeli buku yang aku suka pastuh baca. Tapi ntah bila nak membacanya?
photography business- on time album delivery, expose portfolios, except critism, open minded, be creative, etc
Communications, publish articles, sharing & gain knowledge- nih pun kena hapgrade gak.
Kerjaya dan jodoh- samada 2, freelance atau makan gaji. Jodoh? Jodoh ditangan tuhan.
Exercises- Seperti biasa jogging, swimming dan main boling.
Bersyukur- yang nih part selalu aku terlupa. Kadang2 kita rasa tak cukup dengan apa yang kita ada. Padahal kalau nak diikutkan memang dah cukup. Mengapa? pasal kita kurang bersyukur.
Manusia diperintahkan untuk berusaha dan berikhtihar, hasilnya samada jadi ke idak, tu bukannya kuasa kita. Syukur pula adalah sebagai tanda yang kita mahu tarik lagi rezeki.

Thursday, September 24, 2009
wedding di kelate
Posted by
Safa Soib
aku sekarang berada di kelate, disebuah rumah agam lama (disewa) yang dimiliki oleh bekas timbalan menteri besar kelantan pada masa dulu. tarikh yg dinantikan hifzan, best pren aku nikah pada hari raya ke-5, alhamdulillah ketika posting ini ditulis, beliau telah pun bergelar suami.
kehilangan kit lens power aku yang sedang direpair oleh servis centre memang sangat dukacitakan. aku terpaksa menggunakan kit lens lain yang tak wide, soft gila, ada barrel distortion, pastuh ada purple fringle kat baju nikah.
rumah agam nih dipenuhi dengan stail perabut 70an, gambar2 famili dato' hj ariffin said serta halaman yang luas, memang sesuai untuk bergambar/pose di situ. cuma broadband aku tak cukup laju untuk hapload gambar. nih pun aku terpaksa disable 'show images' supaya dia laju.
Hifzan portraiture klik sini.

Wednesday, September 23, 2009
Corat-coret raya ke-3
Posted by
Safa Soib
Aku memang selalu membawa sebuah buku conteng ketika ke mana-mana. Buku itu mengandungi banyak perkara, seperti kata2 motivasi, details client dsb.

Monday, September 21, 2009
Beraya di Pahang
Posted by
Safa Soib
29 hari berpuasa, aku agak was2 jugak kot2 kalau tetiba pulak Ahadnya tu berpuasa. Apabila takbir terus dikumandang oleh imam ketika solat Isyak, barulah hilang perasaan itu. Tepat jugak kalender kuda tu meramal hari raya jatuh pada harinya.Aku rasa ada beberapa hari sebelum raya aku rasa agak 'boring' sebab perasaan malas aje memanjang. Aku pun dah dapat merasakan perasaan kesibukan sehingga Disember, job kawin memanjang aje penuh. Aku harap semangat 'raya' nih boleh menyebabkan aku fokus sikit dan terus bertindak.
Beraya di Pahang, seperti biasa melawat pak long aku yang sakit. Setahun yang lepas, semasa puasa dia terlantar di hospital Selayang, kemudian pada tahun ini di hospital Termerloh. "Orang sakit mana boleh berpuasa, mana ada kitab kata orang sakit boleh puasa" kata bapaku kepada abangnya. Oleh sebab itulah dia dikejarkan di hospital dan ada sebab lain juga.
Bila bersama keluarga yang besar, sepupu sepapat sepusat di hari raya, banyak juga ceritanya. Ada yang jatuh, ada yang naik, ada yang statik, ada yang bertambah dan ada juga yang berkurang. Inilah kehidupan di alam fana, di akhirat sahajalah yang kekal abadi.
Thursday, September 17, 2009
Selamat Hari Raya
Posted by
Safa Soib

Sempena hari raya yang bakal menjelma beberapa hari lagi, terimalah kad raya dari aku yang tak sebeberapa ini. Oleh sebab aku sekarang sedang berusaha untuk membina karya melalui komik, gambo katun kat atas sahajalah yang sempat aku buat. Insyallah, jikalau bebudak nih balik raya, sempatlah kitaorang bergambar raya.
Marilah kita munasabah diri
Posted by
Safa Soib
Apabila kita melihat keseluruhan alam semesta nih, kita akan imaging betapa besarnya ia. Tapi apabila kita melihat perspektif yang lebih besar lagi, alam semesta tuh kecil sahaja berbanding tuhan semesta alam, Allah.
Sebab tu kengkadang ia membuat aku terfikir bila ada orang begitu taksub dengan bermacam2 bentuk, benda yang mempunyai kalimat Allah, padahal benda tuh asalnya pun dijadikan oleh-Nya. BBukan ke kewujudan semua makhluk Allah bukti kewujudan-Nya?
Bila dibaca terjemahan Al-Quran, banyak ayat2 yang mengikut kefahamanku menjurus kepada kenyataan keras kepada unbeliever, semudah logik tak usahlah alam semesta si berhala itu boleh menciptanya bahkan apatah lagi sekor nyamuk. Kesian juga kepada rakan2 non muslim, mungkin masih belum mendapat hidayat hendaknya lagi. Tak usahlah sesiapa pun, orang Islam sendiri pun tak mengamalkan budi pekerti Islam, bagaimana attraction kepada Islam boleh berlaku?
Benarkah Al-Quran haram disentuh kepada bukan Islam? atau dibaca oleh bukan Islam? Kata2 seorang saudara baru apabila dia dikatakan tidak boleh langsung menyentuhnya sebelum masuk Islam menjadi tanda tanya. Bagaimana dia hendak mencari kebenaran sebelum membacanya? Padahal, Al-Quran diturunkan bukan hanya kepada orang Islam, tetapi kepada seluruh manusia. Itulah yang berlaku di Mesia.
Alangkah bertuahnya orang yang baru menerima Islam. Dosa2nya sebelum itu diampunkan Allah. Maka tak hairanlah suatu hari nanti, kebanyakkan pendakwah terdiri kepada golongan ini. Sungguh memalukan apabila aku yang born muslim cuma dapat menghafal beberapa ketul ayat2 lazim, padahal mereka yang mengimamkan solat ketika Iftar Hidayah Centre baru2 ini boleh menghafal beberapa surah panjang.

Wednesday, September 16, 2009
Monday, September 14, 2009
Kaler Emas
Posted by
Safa Soib
"Kalo ko nak pilih baju pengantin jangan warna emas atau warna kuning"
Begitulah jawapan yang diberikan aku kepada Bijan, sempena perkahwinannya pada hari raya ke-5 nanti di Kelantan. Kata si tunangnya, baju kaler hijau yang dah dicop dah diambil orang. Hangin satu badan, dibuatnya. Sebab itu pandangan aku diperlukan, katanya dalam henpon.
Aku dapati, kaler gold memang bawak problem kepada fotografer. Pertamanya, kalo silap white balance, warna gambar yang sedia kuning bertambah kuning. Yang kedua, ntahmacamana pakaian/tema gold tu senang aje menyerap lighting flash dan menghasilkan gambar yang menyilaukan. Yang ketiga, kombinasi gold dengan natural outdoor (cth; rumput hijau) macam tak kena, apetah lagi lah kalo diwaktu tengah hari, lagi la menyilau2 keemasannya tuh. Pointnya, warna gold menyebabkan kesakitan mata kepada fotografer... <- yg ni lawak. Outdoor dengan kaler gold sesuai kalo background dia hitam ataupun gelap. Kaler gold sesuai pada enviroment yang samar2, malap2 gitu. Kemudian, ada sedikit cahaya flash yang boleh menimbulkan sedikit kilauannya. Barulah gambar nampak timbul.
Adalah menjadi satu thrill bagi fotografer jikalau mendapat client yang memang menyukai kaler ini ataupun memang telah dirancang untuk mengambil gold sebagai tema. Tetapi tak menjadi masalah yang besar jikalau tukang editnya nanti dapat take advantage dengan kilauan emas itu. Antaranya ialah dengan menjadikan gambar seperti sephia atau black and white atau anda dapat isolatekan kaler background dan kaler baju gold, of course dengan editing. Vignetting juga boleh dialplikasikan pada gambar. Semua ini adalah bertujuan supaya gambar pengantin tidak tenggelam.
Mari kita saksikan kaler gold.
p.s. pandangan di atas adalah berdasarkan pengalaman peribadi Safa semata2. Apapepun pilihan anda, kami tetap memberikan dan menghasilkan yang terbaik, insyallah.
Safartwork, designed for satisfaction.

Friday, September 11, 2009
Bertapa kerdilnya kita
Posted by
Safa Soib

Gambar kat atas bukannya direka, tapi memang real punya. Diambil melalui teleskop Hubble yang baru dibaiki bulan lepas. Jarak diantara hujung ke hujung mengambil masa beribu2 tahun cahaya. Begitu jugak tempoh cahaya tu nak sampai kat bumi. Dikatakan, jikalau kita melihat bintang2 tuh pada saat ini, kita sebenarnya sedang melihatnya berbillion2 tahun lampau disebabkan oleh cahayanya yg lambat sampai tuh. So maknanya ada ke lagi bintang tu pada saat skang? ntah dah takdek kot. Walluaklam.
Diceritakan lagi, bintang2, langit, bumi nih adalah dari 1 jasad, kemudian berlakunya letupan dan mengexpand sampailah satu masa, kiamat.
Bila dilihat, difikir dan difahami, betapa singkatnya kehidupan kita di dunia fana nih compare dengan billion2 tahun tuh. Betapa kecilnya kita, betapa hebatnya kuasa Allah yang menciptakan apa yang ada kat bumi dan langit. Kita yang dok bergaduh, tak puas hati, caci mencaci, tak cukup duit, hipertensi, awek lari, full frame kemera, nak kete beso difikirkan besar masalahnya, tetapi tak lah besar mana pun. Patutnya kita fikirkan cukup ke bekalan aku di alam lain nanti. Alam di mana dikalau nak compare 1000 tahun bumi menyamai 1 hari akhirat. Maknanya secara relatifnya, kita hidup beberapa jam aje. Betapa singkatnya nak penuhkan amalan. Macam tak cokop.
Sehebat2 manusia adalah manusia yang mengingati mati dan cuba memenuhkan ibadat untuk bekalan di akhirat kelak. Moga2 dosa kita diampuni dan kita diberi hidayah dan syafaat dari Allah. Amin.
Hati
Posted by
Safa Soib
Rupa2nya penyakit yang melanda masyarakat sekarang ini adalah disebabkan oleh sepotong daging yang dinamakan hati yang berpunca dari pengabaian solat. Begituler kata seorang exco Selangor yang sempat 'menjengok' Masjid kat rumah aku dan menyampaikan tazkirah b4 tarawih.
Sambungnya lagi, isu2 pecah amanah, rasuah, hasad dengki, mat rempit dan kemende semua tuh diakibatkan oleh orang yang tak menjaga hati. Dalam satu program remaja, ditanya berapa ramaikah remaja sekalian yang full solat, tak pernah tinggal?... tak sampai 10% angkat tangan. Dibuat kajian, kalo manusia sejak dari umur 7 tahun dididik tak pernah tinggal solat, insyallah, seumur hidupnyer dia pasti tak tinggalkan solat. Dan tempoh 4 tahun untuk senang meninggalkannya (yg nih aku tak pasti pasal percakapannya samar2. Kalo silap silaler betulkan).
Hati perlu dipolish dengan iman, dengan zikir, dgn Al-Quran. Sudah tentu untuk sentiasa tenang, tak serabut kepala ialah dengan hati yang bersih. Al-Quran mulanya dipelajari sebutannya, kemudian dibaca, difaham dan dihafal.
Aku selalu bertanya camana sebagai seorang 'orang biasa', apakah perkara yang dilakukan untuk kita lepas seksaan api neraka? adakah kita perlu menjadi seorang yang warak, zuhud, dsb padahal banyak sangat kekurangan pada kita. Bagaimana hendak bermula dengan diri sendiri dahulu? berjihad melawan nafsu? usahlah nak menasihati orang pun susah, inikan pulak diri sendiri.

Thursday, September 10, 2009
Wednesday, September 09, 2009
Saturday, September 05, 2009
Freelance job
Posted by
Safa Soib
Aku rasa takde masalah nak dapatkan income sampingan jikalau ko ada skill... try tengok kat sini
http://99designs.com/
http://www.odesk.com/
Bayangkan kalo ngko dah ada reputasi sebagai freelance yang betul2 berkualiti, job datang dengan sendiri beb, insyallah.
Tapi nak kena compete satu dunia tuh... huhuhu

twitter?
Posted by
Safa Soib
aku baru dapati twitter ada kebaikkannya berdasarkan interest seseorang.
contoh, taip #graphic, ada menimbun links interest orang yang sama tentang graphic. So, twitter tak semestinya digunakan untuk mengatahui status seseorang saje, tapi boleh gak digunakan untuk mencari pelbagai tips.

follow me twitter.com/safasoib
Friday, September 04, 2009
Passionate dan kerjaya
Posted by
Safa Soib
Ada la beberapa tahun lebey aku bekerja lari dari bidang. Aku pun tak cuba untuk mencari kerja lain dan masih lagi tak siap2 habiskan stadi aku nih, menunggu stadi nak dihabiskan sebelum aku apply keje setahap dengan scroll aku tuh.
Ntahlah, aku rasa macam nak drop pun ada, fikiran aku dah takbley BLAH. Aku rasa nak teruskan hidup aku dengan gaji seciput ni agaknya. Rasa dihati hendak bekerja sendiri, tapi aku tak berani. Padahal, banyak perkara yang boleh aku buat kalo aku berenti kerja. Menurut fikiran aku kalo berenti kerja, sikap adalah perkara pertama yang perlu diubah, disiplin dan tak mudah putus asa perlu ada. Adakah ada perkara camtu kat aku? Gilo, bangun pun dah tengahari, camne nak cari duit makan?
Kerjaya aku setakat ini alhamdulillah baik. Aku dapati takdelah susah mana pun. Memang bidang yang aku minat masa 10 tahun dulu. Oleh sebab dah tua, aku terpaksa praktis, praktis dan praktis yang kufikirkan kadang2 membuang masa. Passionate dahulu dan sekarang tidak sama. Nak membina minat tu perlukan masa.
Ada 2 espek yang berbeza apabila membicarakan tentang passionate dengan kerjaya. Passionate adalah untuk happy, manakala kerjaya untuk carik makan. Menurut fikiran aku, agak susah nak menjadi 'professional passionate businessman' (pergh, ayat power) kalo anda tak masukkan elemen lain untuk berjaya. Bayangkan, anda menjadikan fotografi sebagai kerjaya. Kalo setakat passionate tapi tak jaga client pun susah jugak. Kalo anda minat part candid sahaja tapi tak pandai ambil wide pun tak guna gak. Nak carik client, kena gak buat marketing, buat portfolio. So? Kesimpulannya bila anda bekerjaya dengan passionate anda, gerak kerja oleh kerana minat pada awalnya tadi dah jadi lain. Dia dah jadi terpaksa. Terpaksa kerana duit.
Tak salah nak jadikan passionate anda sebagai kerjaya. Tak salah pun terpaksa sebab nak duit. Bahkan hasil kerja gila anda boleh diserasikan dengan sejumlah mana income yang anda hendak. Aku dah buat bagai nak rak, payment ciput aje?! So pastikan hasil produk anda setanding dengan bayaran.
Aku sekarang sedang pun menjadikan diri aku sebagai seorang artist dan cuba passion terhadap seni. Kan dah lari bidang tuh. Mamat sains dah jadi mamat seni plak dah. Cumanya aku rasa aku kureng berani nak timbulkan diri, kurang berani nak dikritik, kurang berani nak meluahkan pendapat pasal seni bukan bidang aku. Moga2 transformasi ini memberi pulangan rezeki yang baik pada masa depan untuk berkerjaya sepenuh masa, insyallah. Akhir kata, majulah seni untuk Islam.
Komen dan kritikan dialu2kan.

Thursday, September 03, 2009
Tazkirah selepas tarawih
Posted by
Safa Soib
Ada satu ceriter di zaman Rasullullah (s.a.w). Disebutkan adalah 2 minah nih hampir2 sahaja mati sebab terlampau laparnya berpuasa. Maka, halnya itu sampai ke pengetahuan Rasullullah (s.a.w). Disuruhnya mereka membawa bekas lalu muntahlah mereka dengan ketulan2 daging serta darah dari mulut mereka. Terpinga2lah kengakawan nabi, hawatnya diorg jadi cenggitu?
Jawabnya nabi, tulah akibat dari mengumpat.
Mengumpat tu pekebende? tanya kengkawan nabi.
Mengumpat adalah mengata-ngata tentang perihal seseorang dibelakang orang tersebut.
Kalo mengumpat tu benar tentang seseorang tuh?
Yup, tu pun dikira mengumpat jugak lah.
Abih tu kalo mengata orang kalo perkara tu salah?
Jawab nabi, tu namanya fitnah.
Abih ler....
Mengumpat dibolehkan mengikut kenyataan di sini.
Wallahuklam.

Wednesday, September 02, 2009
Tazkirah diri sendiri dibulan pose
Posted by
Safa Soib
Lately nih, aku cuba melihat kelemahan aku. Konfius dengan kerenah perasaan yang serabut, aku kena bermula dari fitrah. Dibulan pose yang mulia nih seswai untuk aku bermunajat, memohon keampunan dari Allah, walaupun rasanya2 aku terlalai jugak selalu.
Bersumberkan online video yang kenali ramai 'tiub ngko', best gak layan video orang converts. Mereka diberikan hidayah sehinggakan hubungan dia dgn Allah sungguh rapat dan mereka terlampau berserah. Kita nih (baca aku) yang sejak kecik Islam dah tak depends dah kat Allah, tak bersyukur. Tu yang kepala serabut tu pasal fikir pasal kerja, duit, harta, kereta, gaya, lens f/2 dan lelain.
Mungkin perkara pertama yang kita kena kaji ialah bagaimana nak kembali ke fitrah. Bagaimana nak berhubung balik antara makhluk dgn tuhan. Bagaimana nak kekalkan hubungan tuh sampai dibawa ke padang mahsyar nanti. Dah terjauh tersasar dari jalan yang lurus, amat bahaya kalo mati bukan dalam Islam. isk... nauzubillah...
Manusia tak terlepas dari kesilapan, dari dosa dari kelalaian setiap masa. Tu ialah sifat manusia dari penciptaan tok Adam dulu. Allah sentiasa menerima taubat kepada manusia2, Dia maha pengasih dan penyayang. So kena la mintak ampun. Diturunkan Al-Quran sebagai pedoman, petunjuk, cara hidup & manual kepada semua manusia melalui Rasullullah (SAW), so ikut aje lah... insyallah tak serabut dan tak sesat kepala ngko tuh...
Ya Allah, berikanlah aku nikmat iman, nikmat suka membaca Al-Quran, nikmat solat kusyuk, nikmat bersedekah, nikmat suka mengajak orang kearah yang baik dan pastuh jadikanlah aku manusia yang sentiasa bersyukur dengan segala pemberian nikmat mu Ya Allah.
Moga-moga iman kita dapat diperbaiki hari ke hari. Insyallah.
Wallahuaklam.