Recent Posts

Saturday, August 22, 2009

Puasa 2009 - Black and white series

Aku sedang membuat 1 siri gambar puasa sepanjang ramadan ini.
saksikan ler di sini.

Friday, August 21, 2009

Salam ramadan

Friday, August 14, 2009

Sapa la plak nih

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2009/08/12/article-1206018-0609210C000005DC-373_634x421.jpg

Punya punya nak pose, tetiba ada plak orang kat belakang buat spoil aje...

Wednesday, August 12, 2009

Muahh!!

Acid Picdump (100 pics)

Acid Picdump (100 pics)

Monday, August 10, 2009

Leen Akikah

Anak Leen dah berumur hampir 60 hari. Aku dan Farell berpeluang mengambil gambar semasa berlangsungnya majlis tersebut.
11-P8091107 by you.

08-P8091097 by you.

10-P8091088 by you.

13-SA090978 by you.

Aku lupa la nama baby girl nih! Aiseh!

Thursday, August 06, 2009

Bapak Tajam

Zuiko 35mm macro pada f/3.5.

Buka artwork lama aku, tetiba terjumpa balik gambar portrait untuk poster budak2 tadika yang aku ambik tahun lepas.

Tak sangka pulak lens Zuiko 35mm f/3.5 aku se sharp cenggini... perhh...

Selalunya bila buat post prosessing, aku lihat ala kadar aje sharpnya, pasal nak cepat. Banyak gambar lain jugak nak diedit. Gambar yang lebih kurang ok, tak blur dah kira boleh proceed untuk dilengkapkan dalam album. Tapi, yang penting mata tu mesti sharp. Itu aje..

Tuesday, August 04, 2009

Dajal

Aku tersumble cerita mengenai dajal dan bagaimana perkara yang berlaku pada hari ini membawa kesan kepada masa depan. Ia berkaitan antara 1 sama lain.

Dikatakan akan berlaku perang dunia ke 3 yang memang sengaja akan dicetuskan supaya ada 1 kuasa sahaja yang akan memonopoli politik, ekonomi dsb di Israel. Sampai masa tu nanti, orang2 Yahudi nih mengangkat kedatangan mesiah yang ditunggu2 iaitu sang dajal tu ler.

Ramai orang mengagak doomsday akan berlaku pada 21 Dis 2012, ntah apa macam2 profesi diaorang, nampak seperti real. Wallahuaklam. Tapi kalo dikaji tanda2 kiamat kecil tu dah banyak terjadi manakala tanda kiamat besar tu dah semakin hampir. Kita aje yang mungkin tak sedar atau perasan, ataupun tak terfikir mengenainya.

Dalam fikiran aku kalo lah ditakdirkan perang, aku ingin berjihad. Moga2 ler time tuh aku ada kederat lagi. Aku ada terfikir yang aku dilahirkan untuk gi perang fisabilillah. Yelah, tak banyak kerja yang aku boleh buat melainkan kerja2 yang selalu buat. Boring gak (aku harap kenyataan ini bunyinya tak sombong dan juga tak menunjukkan aku tak bersyukur).

Menurut Einstien, dia tak tahu senjata apa yang akan digunakan pada perang dunia ke-3 tetapi, perang dunia ke-4 berlaku dengan senjatanya menggunakan kayu dan batu. Agak2nya apa senjata yang diorg pakai nanti? kita kembali ke zaman batu & takdela blog nih lagi nanti. Macam cycle plak.

Aku rasa kesian gak dengan keadaan politik Mesia skang nih, terutama orang yang terikut2 atau terlalu fanatik dengan sesuatu perkara. Mostly, yang paling aku tak suka ialah maki hamun terlampau. Aku rasa nabi Muhammad (s.a.w) pun ada kaedah nak maki orang. Cara paling terbaik untuk kembali bersatu ialah ikut Rasullullullah (s.a.w) cakap, kembali kepada Al-Quran dan sunnahnya. Senang cakap kan? nak buatnya banyak songeh & pendapat.

Semoga kita terhindar dari fitnah besar dajal.

Wallahuaklam.

Monday, August 03, 2009

Jihe, merz & tarikh lahir

Aku baru berjumpa dengan Jihe, kawan aku di universiti dulu. Dia bersama isteri dan 2 orang rakannya, salah seorang darinya adalah bakal adik ipar Jihe. Dengan tergesa2 aku dari Subang memecut laju ke kedai air buah paling femes kat Serdang, aku rasa mau aje runtuh enjin Jerangkung Merah aku kerjakan. Mereka menunggu aku di situ agaknya mau 30 minit.

Terparking di kawasan luar kedai tu sebuah CLK, Mercedes Bens 2 pintu warna hitam. Memang betul kata agakkan aku bahawa diorang memang nak jumpa aku di kedai minum tuh, pasal kengkadang aku tak dapat tangkap apa yang orang cakapkan dlm henpon, pasal terlalu membawa laju.

Isteri Jihe kawan aku gak semasa di universiti dulu, alah, kengkawan, ngko aku tu biase aje. Aku rasa aku pernah gaduh dengan bini dia dulu. Hmm, lupa plak.

Aku membuka contoh album aku di depan bakal adik ipar dia. Ntahlah, takde emosi aku tengok mamat nih bila tengok gambar2 aku, tapi katanya dia mencari album seperti contoh album aku. So ada tanda positif kat situ. Tarikh nikah dan bersanding sudah ditetapkan bulan 10 nanti di Penang. Insyallah ada la rezeki tu.

Tak banyak dibualkan ketika aku bersama diaorang, cuma aku bertanya2 apa tujuan diorang dari Penang ke KL. Jawabnya, ada kelas mengenal tarikh lahir yang diadakan kat kawasan situ. So alang2, dia ingin berjumpa dengan aku untuk melihat contoh album dan gambar.

Dengan nada selamba aku berseloroh mau pinjam CLK dia tur. Jawabnya ko mai Penang nanti aku bagi. Ceh! Tapi, mau terkejut orang Serdang bila aku pandu Mers tu, karang diorg tanya ko jual dadah ke apa? Tapi memang niat aku nak bawak Mers Jihe dan Kadina milik Sebi. Saje2 test manala tau aku pun angkat 1 nanti. Mau aku tukar ke Jerangkung Merah II. Bwahahaha...

Aku tak kisah pasal kenderaan, ape pun sangat. Memang kerja diaorang patut direwards sebegitu. Tapi intipati mengenal tarikh lahir yang dilakarkan oleh Jihe menarik minat aku. Bwah, hampir betul siot... aku sebenarnya tau kekuatan aku di mana tetapi mahu lihat dari perspektif lain, luar dari kotak pemikiran atau dari pemikiran orang lain. Yelah, kengkadang kita pun masih blur dan bertanya2 apekejadahnya aku buat skang nih! Bukannya aku patut buat benda lain?