Linda Sameon webcomic by Safa will be soon published. Stay tune.
Recent Posts
Thursday, April 30, 2009
Editing in progress
Posted by
Safa Soib
Linda Sameon webcomic by Safa will be soon published. Stay tune.
Monday, April 27, 2009
Sedekah
Posted by
Safa Soib
"Nak, pakcik nak mintak derma 40 ringgit, nak keluarkan EPF pakcik" kata seorang pakcik tua dalam lingkungan 50an. Suaranya perlahan sahaja, sungguh sahyu sahaya riak mukanya. Di genggamannya terdapat kertas hijau, seperti sebuah dokumen. Hendak ditunjukkannya kepada ku tetapi aku buat tak tahu sambil mengorek-gorek kocek seluarku manala tau terjumpa sekeping dua wang seringgit.
Hati aku mula berkata-kata semacam negatif bunyinya. Mengapa tidak ditujukan dirinya ke mana-mana pusat zakat? ke rumah kebajikan ke? mengapa aku pula dipilihnya meminta-minta. Bahkan ramai sahaja orang di dalam surau ni.
Dalam aku mencari-cari duit tu selama seminit dua, ku lihat muka orang tua tu mencuka. Dia tahu gayaku sejap ke kiri sejap ke kanan mengorek duit membuktikan tiada wang. Memangpun betul, kosong, null. Dia pun perlahan-lahan memaling muka.
Duitku sebenarnya di dalam dompet. Berkepuk-kepuk RM50, baru sahaja dapat petang semalam. "Ni derma ikhlas dari saya" kataku seperti begitu berat hendak memberi. Bukannya RM50, tetapi RM10 yang terjumpa dicelah2nya. Pakcik tu pun menciumnya, begitu bernilai sekali baginya. Berlalulah dia pergi dengan kakinya berdengket-dengket. Tidak ku tahu dia ke mana, mungkinkah mencari mangsa yang lain. Malas hendak melayan. Aku pun baring menutup mata.
Tiba-tiba seorang pakcik berusia 40 an duduk dan berkata "Berapa ringgit ko berikan kepada dia?". "Adalah..." kataku kemalasan "Kemarin, dia pun ada datang mintak sedekah kat sini, dia sakit apa?" tanya dia lagi, ingin tahu "Oh ye ke?, ntahlah pakcik. Saya tak tahu" balasku. Aku begitu malas berbicara pasal makin difikirkan nanti mendatangkan ketidakpuasan hati.
Hati yang tenang tidak lama. Sampai sekarang aku masih terfikir tentangnya lagi!
Tu lah dia, berlakunya satu ujian kecil tetapi bagiku ia cukup mendatangkan kekesalan besar kepadaku. Bukannya pasal jumlah wang diberi, tetapi kesal kerana berat sungguh untuk memberi dek kerana sayangkan duit yang tak sebeberapa.
Beberapa hari yang lepas, aku terbaca dari fowarding emel mengenai kekuatan sedekah yang lebih kuat dari angin, air, api, besi dan gunung, aku pun terfikir hendak bersedekah. Tup tap, datanglah si orang tua tu, datanglah syaitan membisik seribu kata supaya berfikir, berdolak dalih & sayangkan duit. Begitu lemah sekali iman kita nih.

Saturday, April 25, 2009
Jom baca buku 'Ketupat Cinta'
Posted by
Safa Soib
Diceritakan, aku memang nak spend banyak duit utk membeli buku pada pesta buku kali nih. Tapi aku tak tahu nak beli buku apa. Lagi pun, aku tak suka membaca perkara yang tak menarik minat aku.Boleh pulak aku terbeli jugak buku yang aku tak suka baca & tak menarik minat pun, tetapi oleh sebab penulis dia kat situ, aku pun beli buku dia. Semata2 nak dapatkan tandatangan penulis yang telah menerbitkan bukunya seusia dia 20 tahun. Kah2 kah kah2...
Terjumpa pulak buku Hajah Rohani yang menceritakan pasal kewangan. Bab duit2 nih memang aku suka dari dulu. Lagi pun aku pernah berbalas email dengan dia pasal kewangan Islam sejak aku masuk kerja pada tahun 2007. So beli la satu.
Pastu, oleh sebab aku sedang meningkatkan minat terhadap melukis kartun, aku pun mencari buku 'Melukis Cara Gayour'. Buku nih macam pisang goreng panas pulak, aku terpaksa menunggu hari ke-9 baru ada stok. Padahal buku nih dah boleh dibeli semasa pesta buku tahun lepas lagi.
Satu2 penulis yang aku gemari, kiranya peminat setia suam2 kuku, Faisal Tehrani.
Bagi sesiapa yang suka novel humor, sinikal, Islamik & santai boleh la dapatkan novel terkini Faisal Tehrani, ketupat cinta. Ulahan cerita memang best, boleh pulak kaitkan isu semasa dengan zaman Parameswara. Ada cerita pasal makan, Melayu, uhlulbait tak kurang jugak boleh pulak menggarap politik & hiburan terkini dengan zaman dolu2. Siot aje...
Novel2 dia sebelum nih memang pun mengisi pengajaran dan membuatkan kita berfikir. Apa yang aku nampak beliau cuba menyedarkan kita kepada ciri2 & jati diri Melayu sebenar berpandukan kepada Islam.
Kelas gitu.
Gambar kiri: Aku dan saudara Faisal Tehrani yang sedang sakit kaki. Berbanding dengan tahun lepas dia nampak kurus sikit kan? Aku rasa, aku pulak berisi.
Thursday, April 23, 2009
Fraking gay!
Posted by
Safa Soib
Sudah beberapa hari aku bersengkang mata untuk membetulkan balik album yang di edit oleh junior editor aku. Aku masih tidak berpuas hati dengan editing yang dibuat, tak kemas, tak center, macam2 yang 'tak'.
Berbekalkan 2 tongkat Ali Poweroot yang dibeli oleh adik aku, aku terpaksa memaksakan diri menyiapkan jugak album minggu nih.
Mungkin sudah tiba masanya aku tidak berbelas kasihan kepada mereka. Editing album merupakan kerja yang sangat serius. Serius bagi aku.
Setiap fotografer mempunyai konsep di dalam mengedit album. Kalau ikut mudah, just tampal2 aje gambar, asalkan client happy sudahlah. Tidak bagi aku. Aku memang particular bab editing nih. Sekali pandang aje aku dah tahu gambar tu tak crop betul, tak align & tak kemas. Tu belum tengok color especially WB, pilihan gambar yang terbaik dsb.
Totally make me pissed off...

Sunday, April 19, 2009
Nik Aziz
Posted by
Safa Soib
"Eh, tok guru!" kata seseorang apabila bahunya ditolak oleh pak gard supaya memberi laluan.
"Bang, tu Nik Aziz" sebut sang isteri.
"Assalamualaikum Tok Guru" kata seseorang yang berkupiah putih yang sedang mendokong anak, sambil mendekati dan mencium tangan beliau.
"ghmm..." tak terkata-kata, tergamam.
Aku suka lihat muka orang apabila terserempak dengan selebriti (termasukla aku). Tapi ni bukan selebriti beb, ini ulama' dari pantai timur.
Ruang dewan yang besar kelihatan begitu kecil apabila ramai yang berpusu-pusu masuk. Ada yang duduk di atas lantai, berdiri, ada ada jugak terlopong (termasukla aku). Apa taknya first time jumpa nih.
Auranya sungguh dramatik, kata-katanya sungguh terkesan. Sebiji-sebijik perkataannya diamati bagaikan sebuah amanat besar. Tak sangka orang tua serendah ini mampu memukaukan para hadirin (termasuk aku... aku lagi!!).
"Bang, tu Nik Aziz" sebut sang isteri.
"Assalamualaikum Tok Guru" kata seseorang yang berkupiah putih yang sedang mendokong anak, sambil mendekati dan mencium tangan beliau.
"ghmm..." tak terkata-kata, tergamam.
Aku suka lihat muka orang apabila terserempak dengan selebriti (termasukla aku). Tapi ni bukan selebriti beb, ini ulama' dari pantai timur.
Ruang dewan yang besar kelihatan begitu kecil apabila ramai yang berpusu-pusu masuk. Ada yang duduk di atas lantai, berdiri, ada ada jugak terlopong (termasukla aku). Apa taknya first time jumpa nih.
Auranya sungguh dramatik, kata-katanya sungguh terkesan. Sebiji-sebijik perkataannya diamati bagaikan sebuah amanat besar. Tak sangka orang tua serendah ini mampu memukaukan para hadirin (termasuk aku... aku lagi!!).Friday, April 17, 2009
Setup Booth
Posted by
Safa Soib
Ini merupakan kali ke-2 aku berkesempatan menjadi 'jurujual' buku di Pesta Buku Antarabangsa. Dia punya cerita, perasaan & semangat sebijik macam tahun lepas.

Pesta buku antarabangsa
Posted by
Safa Soib
Pesta buku antarabangsa sedang berlangsung di PWTC dari 17/4/09 sehingga 27/04/09. Aku berada di booth pintu masuk depan sepanjang hari bekerja dari pukul 4 ptg sehingga 10 mlm manakala pada hari minggu aku ditugaskan seharian. Jumpa di sana.
Wednesday, April 15, 2009
What stop me making what I want?
Posted by
Safa Soib
In 2003, I have multiple comic strips that I put in here. But it never finished.
This is Linda Sameon with Joe Cameraman. The comic basically based in university (I assumed during that time in UPM). Only 3 perfectly done! Must resume this comic.

The other one is 'lab story'. It was about a guy who take major in chemistry. And the guy was me! Really missed things happened in the lab.

Tuesday, April 14, 2009
Whats going on in PTAR1?
Posted by
Safa Soib
I took a day break on last Friday for my best friend's wedding at Klang. But before that, I decided to look out for references at IPSiS and later hang out in the library.
Can't really concentrate on my writing, so lets hunting for candid here.
Some tables are still empty.
and some not.
Yet, they prefer to sit on the floor.

I think they should provide more power socket near to the tables. These kids need that.

Cak! You are captured by me!
Few guys, lots girls.

That is really a big book.

This one found my gimmick (hide the camera and shoot). So she try to control herself.

I like this guy. Cool.
concentrating, concentrating...
This one confirm get A++.

Still, floor is the best study place.
Refreshing time.
I found these gurls behind the photography exhibition wall.

Can u notice the small laptop? Students really can affort it nowadays.
A lot things happened in these couple of years in UiTM. I remembered years ago, the internet connection was imposibble to reach. No wifi. Few were using laptop, that including me and some friends (yeah, during that day it cost u about 3-4k). But it shifting now.
Some students like to study in pyramid made by glass. Had once study here before.
Time to back home.
Can't really concentrate on my writing, so lets hunting for candid here.

I think they should provide more power socket near to the tables. These kids need that.

Cak! You are captured by me!

That is really a big book.

This one found my gimmick (hide the camera and shoot). So she try to control herself.

I like this guy. Cool.

Still, floor is the best study place.

Can u notice the small laptop? Students really can affort it nowadays.
A lot things happened in these couple of years in UiTM. I remembered years ago, the internet connection was imposibble to reach. No wifi. Few were using laptop, that including me and some friends (yeah, during that day it cost u about 3-4k). But it shifting now.

Hisham, si ceria & happy go lucky
Posted by
Safa Soib
(Sila ke sini untuk melihat gallery)
Sungguh bertuah Hisham rakan sebaya aku yang kini sudah pun bergelar suami. Tak dapat aku gambarkan keceriaan dia apabila masa yang dinantikan berlalu. Ucapan tahniah dan selamat pengantin baru dari aku.

Hisham merupakan rakan bertiga aku semasa di sekolah menengah dan rendah. Seorang lagi, Farell berbaju melayu bewarna biru. Walaupun berlainan bilik darjah mereka ini merupakan kawan sepermainan. Cik Dah, ibunya adalah guru mengaji, juga jiran selang beberapa rumah.
Hisham, still cergas bermain bola begitu cocok dengan panggilan Senon di kalangan rakan-rakan. Bekerja malahan mengambil kelas tambahan pada hari minggu untuk mengimprovekan kerjaya. Dia ni jugak buat partime sambilan, seperti aku 3 dalam 1 gitu.
Hisham adalah seorang yang ceria, periang, bersemangat, aktif, berani dan bijak mengambil peluang. Mudah-mudahan dengan ada teman seakhir hayat mampu memantapkan lagi kehidupan mereka sekeluarga. Amin.

Sunday, April 12, 2009
Walauweh, wa sungguh busy la nih
Posted by
Safa Soib
Wa malas nak cakap perkataan bizi, malas, penat, pasal tanggapan negatif kepada kepala hotak boleh menyebabkan kita dalam kedudukan begitu. Tapi ni memang super real punya busy, banyak perkara nak buat ni sey!!
Wa tipu aje...
Aku takde lah busy mana pun, balik ofis dari Gombak aku ke library UiTM, Shah Alam, sejam dua buat mana-mana yang patut untuk pelbaiki tesis aku. Kemudian balik. Sampai aje rumah kat Serdang dalam kul 10.30 mlm dengan tak mandi aku terus on komputer, buat editing, buat strip komik, kemudian mengarang sebuah cerpen, kengkadang buat blog. Nak tidur pulak aku baca buku yang paling aku suka iaitu tentang ekonomi & motivasi. Bangun pagi pulak pukul 5.30 pagi, on balik komputer, sambung pulak correction tesis, tacap sikit part editing album, pastuh solat subuh kat surau dan pergi kerja of course selepas solat Duha.
Biar betul!!
Ni pun wa tipu gak...
Tu suma perkara dalam fikiran wa aje, buat aje tak...

Friday, April 03, 2009
Famili Firdaus
Posted by
Safa Soib
"Trutt..." bunyi SMS yang berlagu Mission Imposible yang panjangnya lebih kurang 2 harkat.
"Duduk aje, tak buat kerja?" mesej di baca dari nombor yang aku rasa macam kenal.
Aku terus bangun dari kerusi dan terus ke meja makan.
"Wah, ni dah bertukar, camne boleh berubah saiz nih?" kataku sambil membuat terkejut apabila mendapati perubahan bentuk badan kepada Firdaus dan Ina.
"Hahaha! Sebab ini lah" kata Ina sambil memuncungkan mulutnya menunjuk anaknya yang comel dilengannya. Berbeza dengan Firdaus yang kelihatan berisi, Ina kelihatan kurus.
"Sungguh tak ku sangka korang dah beranak sorang" kataku menunjukkan kecerian, tanda syukur.
Firdaus, Ina dan baby kecil mereka.

Gambar mereka selepas nikah pada Februari 2008, setahun yang lepas.
Dalam borak kosong dalam sebentar waktu, aku melihat anak berdarah jowo nih sudah berpuluh2 tapak kehadapan meninggalkan aku terkebelakang, dalam hal famili dan bisnes.
Ter'semangat' jugaklah sementara, yelah bukannya borak kosong, semuanya pasal bisnes, bisnes dan bisnes.