Recent Posts

Tuesday, February 24, 2009

Adeh, kena dapat autorization la pulak

Baru aje upload video walkabout KL beberapa hari lepas kat youtube. Ntah kenapa aku dapat email yang memerlukan kebenaran dari pihak yang berkenaan untuk menggunakan background music yang aku pakai tuh (yelah, mp3 tu aku download kat internet aje, free). Maleh nak fikir banyak, aku terus delete video tu. Mungkin aku akan upload video tu balik tanpa bunyi. Tengoklah bila aku senang.
"Hi, nak tengok photo yg terhebat minggu ini. Tekan ON GANAS hantar sms ke 366xx. Ingat! Jgn heboh"
Semenjak 2 menjak nih, aku dapat sms yang tidak dikenali. Ntah mana la orang dapat no hp aku nih. Beberapa hari yang lepas, jiran aku ada berkata mengenai hantar sms anonymously yang bertujuan untuk memperkenalkan perkhidmatan kita. Aku anggap ia adalah marketing strategy utk bisnes MLM dia dan mungkin untuk aku nanti. Tak sangka aku kena dulu.

Pagi tadi aku redah ke pusat bandar pada pukul 7.30 pg ke The Mall, depan PWTC. Sungguh aku tak sangka, seawal pagi jalan bapak jam giler. Aku ingat lagi 3-4 tahun lepas, kalo jalan jam pun dia start dari jalan susur keluar ke Kuchai Lama, ni tak dia start dari tol Sg. Besi lagi. Aku tak tahu lah macamana gayanya orang yang setiap hari melalui jalan tu. Sedangkan jam kat Kg. Pandan pun aku rasa nak hentak kepala kat stering kereta.

Aku mencari used Canon 40D untuk Hasrul. Dah kempunan sangat nak upgrade body dari 350D dia tuh. Lagipun memang perlu dia upgrade pun.

Wednesday, February 18, 2009

Beberapa cerita yang boleh disimpulkan pada awal 2009

1. Jerangkung Merah mengalami kemalangan kecil sampaikan bonet belakang tak boleh ditutup. Adik aku buat. Dia baru aje dapat lesen.
2. Kesibukan mula melanda diri. Banyak perkara yang nak kena kicap (catch-up).
3. Viva 5/03/09. Tetiba rasa tertekan. Doakan aku berjaya mengharunginya.
4. www.safartwork.com dah online sepenuhnya. Laman web berupa blog portfolio, masih belum buat yg betul2 spt korporat sebab mencari2 idea samada nak buat 1 atau terus aje beli template.
5. Emas yg aku beli pada 5 bulan lepas dah naik 25% keuntungan pada hari ini. Kemungkinan boleh menjangkau 30-35% beberapa bulan lagi. Den kayo!
6. First time kena sembur dgn client psl lambat hantar album, terus aku call semua client yg lain mengenai kelewatan penghantaran album. So far, penerimaan mereka ok. Cuma yang sorang nih yang tidak boleh berkompromi langsung pasal masa (Oh, baru dapat tahu yang dia tu navy, orait baru faham).
7. Aku dah memperabihkan lebih kurang RM5K untuk menghapgradekan computer, tambah lens dan kelengkapan lain. Ni pun ada rasa nak tambah lagi.

Beberapa perkara yang terawang2 dalam kotak fikiran
1. Aku sedang memikirkan konsep leveraging untuk kerja2 aku.
2. Aku sedang mengumpulkan info mengenai videography. Keseriusan mengenai videography amat mendalam. Tapi,
3. Aku masih memikirkan juga samada untuk mengukuhkan fotografi dahulu before aku jump kepada video atau buat serentak. Spt mana yang aku katakan tadi, aku kena betul2 leveragekan kerja, masa dan tenaga aku untuk membuat sesuatu yang aku minat.

Thursday, February 12, 2009

Awie denggi

Sunday, February 01, 2009

Cuti ke Melaka bersama Farell

Dengan album yang banyak tak siapnya, cuti last raya Cina yang lepas aku dengan Farell ke Melaka. Diceritakan, aku dah pun ke Melaka beberapa hari sebelum tu sebab ada job di sana.

Aku sedang menyukai klip video dan video editing sampaikan telah pun membeli sebuah mini stabilizer yang berharga RM600++ termasuk perhantaran dari U.K. Geram melihat video perkahwinan tempatan yang kreatif, aku ingin mencuba video pulak.

Alkisahnya, aku menganggap industri video perkahwinan boleh dikatakan sedang berkembang di Malaysia. Orang mungkin bersoloroh, yelah, adik aku pun boleh ambik video, tetapi ia tidak semudah yang disangkakan. Seperti fotografi, videografi pun mempunyai teknik dan prosessingnya sendiri. Yang penting adalah cara penyampaian yang menyentuh hati pengantin yang boleh diingati sampai bila2. Contohnya "Terasa seperti baru sahaja kahwin semalam."