Recent Posts

Friday, November 06, 2009

November

Bulan 11 dah pun tiba, tidak seperti tahun lepas, kali ini kerja aku bertambah 3x ganda, aku mula dapat mengadaptasi dan menyerap tekanan perasaan dan aku mula menghargai masa, fokus dan matang.

Bulan ini tak banyak job wedding, tetapi banyak job editing yang dikumpulkan yang perlu disiapkan. Alhamdulillah, album seorang client India Muslim dari Penang sudah sampai di pintu rumah dan responnya sungguh positif walaupun banyak sangat dugaan yang aku dan rakan2 lalui selama beberapa bulan nih. Aku akan ke Penang sekali lagi pada 13 hb, seorang sahabat kawin.

Berbanding pada tahun lepas, tahun ini aku dapat beberapa offer mengambil gambar budak2 tadika dan hari graduasi. Insyallah kalo dipanjangkan umur, tahun depan kita start expand fotografi untuk budak2 tadika pulak.

Tengah2 keseorangan semasa memandu atau tengah menyahtinja, aku terfikir tentang satu quote yang aku reka sendiri tetapi aku terlupa pula. Ia berkenaan nilai hidup & respon terhadap keadaan sekeliling dan perasaan. Cenggitulah.

0 comments: