Recent Posts

Sunday, November 01, 2009

Kacang aje...

Bwah, semenjak beberapa minggu nih aku didatangi dengan pelbagai aktiviti bisnes yang menaikkan semangat aku untuk mula bekerja sendiri. Dia datang dengan idea, semangat dan pengalaman mereka. Mungkinkah ianya tanda-tanda untuk aku melangkah ke hadapan setapak lagi? Ya, aku ke arah itu.

"Jangan tawakkal bodoh aje" kata2 seorang CEO yang memiliki 4 'kerja'. Kebanyakkan orang bekerja kembali setelah berhenti kerana tidak mempunyai strategi, proper planning untuk support mereka kembali. Katanya secure atau income tetap tu penting.

"Jikalau ada kemahuan untuk mendapatkan ilmu, dengan ilmu itu, semua boleh jadi" kata seorang lagi abang yang mempunyai income dalam 20k sebulan. Bekerja kerajaan, tetapi boleh buat partime untuk 2 dan 3 bisnes lain.

"Adik cuba fikir, kat area Gombak ni ada berapa tadika? tak terlayan nanti" kata seorang guru tadika ketika aku membincangkan mengenai hari graduasi mereka pada pertengahan bulan 11 nanti. Tambahnya, yang penting buat aje.

"Akak kesian tengok rumah2 kosong tak berpenghuni, akak dapatkan contact no dan menjadi dealer antara penyewa dan owner. Akak Ati ambik seratus aje sebulan, tak banyak" kata kakak sepupu aku yang mendapat idea untuk menambahkan income daripada sewaan. Dia pun dah ada beberapa rumah sewa.

Perbualan aku dengan bisnesman nih menyebabkan aku bertambah yakin untuk mencuba perkara baru dan menganggap bahawa masalah yang dihadapi sebagai kacang aje, bukankah rezeki tu milik Allah?

0 comments: