Recent Posts

Wednesday, October 14, 2009

biziiiii

Kebelakangan ini aku agak bizi dari pagi sampailah ke tengah malam, setiap hari. Di tambah pulak 2 projek besar yang mungkin diluluskan dalam bulan 11, bertambah2lah kebizian aku nih. Aku rasa adalah dalam 2 tahun aku jarang tengok t.v, nasib baik lah tak pasang Astro, membazir aje, dah lah mahal bayaran bulanannya.

Adakalanya aku takut juga jikalau kebizian aku nih boleh menyebabkan aku lalai dari-Nya. Adakah ujian ini dibuat untuk melihat kita bersyukur atau kita kufur dengan nikmat-Nya. Ataupun biasa sahaja? tiada pape.

Perkara rutin harian yang dibuat selalu jikalau diikutkan memang boring, hanya perasaan ketanggungjawaban & komitmen yang tinggi yang memandu perasaan itu betul2 di landasannya. Kadang2 cuba diselitkan hobi lain seperti melukis kartun atau menonton wayang sebagai hiburan, dan kini ada sedikut perasaan ingin berbasikal pula.

Dah berpuluh2 kali Fazilah Kamsah berbicara dalam radio 'asas orang berjaya ialah disiplin'. Ada la jugak berulang2 kali aku terbaca 'subconcious minds are more greater than subconcious minds'. Secara praktikalnya memang aku hebat dalam kedua2 perkara di atas tetapi kejap dia turun kejap naik. Dan aku lihat semangat itu datang apabila aku datangkan perasaan minat, fokus dan terus buat. Macam artikel yang aku tengah taip nih la.

Orang lain boleh aje buat 11 perkara dalam 1 masa, takkan aku yang masih belia remaja nih baru buat 2 perkara dah terkantol. huhuhu...

0 comments: