Recent Posts

Friday, September 04, 2009

Passionate dan kerjaya

Ada la beberapa tahun lebey aku bekerja lari dari bidang. Aku pun tak cuba untuk mencari kerja lain dan masih lagi tak siap2 habiskan stadi aku nih, menunggu stadi nak dihabiskan sebelum aku apply keje setahap dengan scroll aku tuh.

Ntahlah, aku rasa macam nak drop pun ada, fikiran aku dah takbley BLAH. Aku rasa nak teruskan hidup aku dengan gaji seciput ni agaknya. Rasa dihati hendak bekerja sendiri, tapi aku tak berani. Padahal, banyak perkara yang boleh aku buat kalo aku berenti kerja. Menurut fikiran aku kalo berenti kerja, sikap adalah perkara pertama yang perlu diubah, disiplin dan tak mudah putus asa perlu ada. Adakah ada perkara camtu kat aku? Gilo, bangun pun dah tengahari, camne nak cari duit makan?

Kerjaya aku setakat ini alhamdulillah baik. Aku dapati takdelah susah mana pun. Memang bidang yang aku minat masa 10 tahun dulu. Oleh sebab dah tua, aku terpaksa praktis, praktis dan praktis yang kufikirkan kadang2 membuang masa. Passionate dahulu dan sekarang tidak sama. Nak membina minat tu perlukan masa.

Ada 2 espek yang berbeza apabila membicarakan tentang passionate dengan kerjaya. Passionate adalah untuk happy, manakala kerjaya untuk carik makan. Menurut fikiran aku, agak susah nak menjadi 'professional passionate businessman' (pergh, ayat power) kalo anda tak masukkan elemen lain untuk berjaya. Bayangkan, anda menjadikan fotografi sebagai kerjaya. Kalo setakat passionate tapi tak jaga client pun susah jugak. Kalo anda minat part candid sahaja tapi tak pandai ambil wide pun tak guna gak. Nak carik client, kena gak buat marketing, buat portfolio. So? Kesimpulannya bila anda bekerjaya dengan passionate anda, gerak kerja oleh kerana minat pada awalnya tadi dah jadi lain. Dia dah jadi terpaksa. Terpaksa kerana duit.

Tak salah nak jadikan passionate anda sebagai kerjaya. Tak salah pun terpaksa sebab nak duit. Bahkan hasil kerja gila anda boleh diserasikan dengan sejumlah mana income yang anda hendak. Aku dah buat bagai nak rak, payment ciput aje?! So pastikan hasil produk anda setanding dengan bayaran.

Aku sekarang sedang pun menjadikan diri aku sebagai seorang artist dan cuba passion terhadap seni. Kan dah lari bidang tuh. Mamat sains dah jadi mamat seni plak dah. Cumanya aku rasa aku kureng berani nak timbulkan diri, kurang berani nak dikritik, kurang berani nak meluahkan pendapat pasal seni bukan bidang aku. Moga2 transformasi ini memberi pulangan rezeki yang baik pada masa depan untuk berkerjaya sepenuh masa, insyallah. Akhir kata, majulah seni untuk Islam.

Komen dan kritikan dialu2kan.

0 comments: