Apabila kita melihat keseluruhan alam semesta nih, kita akan imaging betapa besarnya ia. Tapi apabila kita melihat perspektif yang lebih besar lagi, alam semesta tuh kecil sahaja berbanding tuhan semesta alam, Allah.
Sebab tu kengkadang ia membuat aku terfikir bila ada orang begitu taksub dengan bermacam2 bentuk, benda yang mempunyai kalimat Allah, padahal benda tuh asalnya pun dijadikan oleh-Nya. BBukan ke kewujudan semua makhluk Allah bukti kewujudan-Nya?
Bila dibaca terjemahan Al-Quran, banyak ayat2 yang mengikut kefahamanku menjurus kepada kenyataan keras kepada unbeliever, semudah logik tak usahlah alam semesta si berhala itu boleh menciptanya bahkan apatah lagi sekor nyamuk. Kesian juga kepada rakan2 non muslim, mungkin masih belum mendapat hidayat hendaknya lagi. Tak usahlah sesiapa pun, orang Islam sendiri pun tak mengamalkan budi pekerti Islam, bagaimana attraction kepada Islam boleh berlaku?
Benarkah Al-Quran haram disentuh kepada bukan Islam? atau dibaca oleh bukan Islam? Kata2 seorang saudara baru apabila dia dikatakan tidak boleh langsung menyentuhnya sebelum masuk Islam menjadi tanda tanya. Bagaimana dia hendak mencari kebenaran sebelum membacanya? Padahal, Al-Quran diturunkan bukan hanya kepada orang Islam, tetapi kepada seluruh manusia. Itulah yang berlaku di Mesia.
Alangkah bertuahnya orang yang baru menerima Islam. Dosa2nya sebelum itu diampunkan Allah. Maka tak hairanlah suatu hari nanti, kebanyakkan pendakwah terdiri kepada golongan ini. Sungguh memalukan apabila aku yang born muslim cuma dapat menghafal beberapa ketul ayat2 lazim, padahal mereka yang mengimamkan solat ketika Iftar Hidayah Centre baru2 ini boleh menghafal beberapa surah panjang.
Recent Posts

2 comments:
Cat Steven pernah berkata dia membaca Quran (Terjemah)sebelum menukar nama Yusuf Islam.Kebanyakan kita pandai baca Quran tapi ..ada kah kita faham apa yg di baca(erti nya).
Sebab itu kita di galak berdoa guna bahasa yang kita faham ..
Selamat Hari Raya .
Yup, betul3x. Selamat hari raya.
Post a Comment