Recent Posts

Monday, September 14, 2009

Kaler Emas

"Kalo ko nak pilih baju pengantin jangan warna emas atau warna kuning"

Begitulah jawapan yang diberikan aku kepada Bijan, sempena perkahwinannya pada hari raya ke-5 nanti di Kelantan. Kata si tunangnya, baju kaler hijau yang dah dicop dah diambil orang. Hangin satu badan, dibuatnya. Sebab itu pandangan aku diperlukan, katanya dalam henpon.

Aku dapati, kaler gold memang bawak problem kepada fotografer. Pertamanya, kalo silap white balance, warna gambar yang sedia kuning bertambah kuning. Yang kedua, ntahmacamana pakaian/tema gold tu senang aje menyerap lighting flash dan menghasilkan gambar yang menyilaukan. Yang ketiga, kombinasi gold dengan natural outdoor (cth; rumput hijau) macam tak kena, apetah lagi lah kalo diwaktu tengah hari, lagi la menyilau2 keemasannya tuh. Pointnya, warna gold menyebabkan kesakitan mata kepada fotografer... <- yg ni lawak. Outdoor dengan kaler gold sesuai kalo background dia hitam ataupun gelap. Kaler gold sesuai pada enviroment yang samar2, malap2 gitu. Kemudian, ada sedikit cahaya flash yang boleh menimbulkan sedikit kilauannya. Barulah gambar nampak timbul.

Adalah menjadi satu thrill bagi fotografer jikalau mendapat client yang memang menyukai kaler ini ataupun memang telah dirancang untuk mengambil gold sebagai tema. Tetapi tak menjadi masalah yang besar jikalau tukang editnya nanti dapat take advantage dengan kilauan emas itu. Antaranya ialah dengan menjadikan gambar seperti sephia atau black and white atau anda dapat isolatekan kaler background dan kaler baju gold, of course dengan editing. Vignetting juga boleh dialplikasikan pada gambar. Semua ini adalah bertujuan supaya gambar pengantin tidak tenggelam.

Mari kita saksikan kaler gold.

p.s. pandangan di atas adalah berdasarkan pengalaman peribadi Safa semata2. Apapepun pilihan anda, kami tetap memberikan dan menghasilkan yang terbaik, insyallah.
Safartwork, designed for satisfaction.

0 comments: