29 hari berpuasa, aku agak was2 jugak kot2 kalau tetiba pulak Ahadnya tu berpuasa. Apabila takbir terus dikumandang oleh imam ketika solat Isyak, barulah hilang perasaan itu. Tepat jugak kalender kuda tu meramal hari raya jatuh pada harinya.Aku rasa ada beberapa hari sebelum raya aku rasa agak 'boring' sebab perasaan malas aje memanjang. Aku pun dah dapat merasakan perasaan kesibukan sehingga Disember, job kawin memanjang aje penuh. Aku harap semangat 'raya' nih boleh menyebabkan aku fokus sikit dan terus bertindak.
Beraya di Pahang, seperti biasa melawat pak long aku yang sakit. Setahun yang lepas, semasa puasa dia terlantar di hospital Selayang, kemudian pada tahun ini di hospital Termerloh. "Orang sakit mana boleh berpuasa, mana ada kitab kata orang sakit boleh puasa" kata bapaku kepada abangnya. Oleh sebab itulah dia dikejarkan di hospital dan ada sebab lain juga.
Bila bersama keluarga yang besar, sepupu sepapat sepusat di hari raya, banyak juga ceritanya. Ada yang jatuh, ada yang naik, ada yang statik, ada yang bertambah dan ada juga yang berkurang. Inilah kehidupan di alam fana, di akhirat sahajalah yang kekal abadi.

2 comments:
ni ka studio yangh abg punya???
studio buat sendiri aje kat rumah. tapi tak cukup luas, insyallah ada rezeki nak dapatkan kedai.
Post a Comment