Recent Posts

Sunday, June 07, 2009

Model ekonomi baru

Borak-borak dengan orang tua bijak & pandai, aku tertarik dengan cakap-cakap tentang satu konsep model ekonomi yang sedang dirangkakan oleh kerajaan sekarang nih. Model ekonomi yang kita pakai sekarang sudah ketinggalan & tidak sesuai untuk diaplikasikan kerana kita tidak seperti India dan Indonesia mempunyai sumber tenaga buruh yang banyak.

Salah satu part yang menarik perhatian aku ialah kita ada kelayakan tapi takdek kerja. Contoh la, kita belajar roket sains kat luar negara, balik kat mesia tak wat pape, pasal takdek kerja. So kebanyakkan mereka yang berkelayakan nih kerja la kat mana2 yang diperlukan kat luar negara tuh. Bayangkan tenaga pakar kita akan beransur-ansur keluar dari mesia, berkerja di luar sbb kat mesia takdek kerja serupa dengannya.

Aku mengharapkan agar kerajaan mesia dapat mencari pendekatan dan model baru untuk memenuhi pakar2 engineer, pakar marin, pakar hutan, makanan dll bekerja di sektor2 di Malaysia. Masalahnya kita dah terlebih pakar, hampir semua gap dah berjaya mamat2 nih guna pakai. Tengok research2 kat universiti2 tuh, mana pergi pingat emasnya jikalau alplikasinya takdek. Apa kata kita buat 1 produk (tak usahlah banyak, 1 cukup) yang memang tahap gaban efektif, ringan, kuat, murah, tetapi menggabungkan semua pakar2 tadi, pakar buat produk (engineer), cara nak market (marketer) dsb. Sudah tentu akan ada pakar2 lain akan sapot sama. Contoh, pakar nak buat produk tadi perlukan gak pakar nak buat moulding, jentera dsb. Nanti dia beranak2 lah, pastu semua orang dapat kerja.

Ya bunyinya senang, ya bunyinya kalo takdek kerja, carik la kerja lain kan? jadi cikgu ke, jadi fotografer ke, kerja gomen ke, kerja pengembala kambing ke, tapi rugi la mesia. Kita akan mengalami kekurangan tenaga pakar dalam masa 10-20 tahun akan datang pasal buat apa nak belajo tinggi2, kerja gila babas power macamtu mana wujud kat mesia. Yang ada, semua tenaga pakar kita nih lari tempat lain. Kita tengok nanti.

0 comments: