Ini merupakan kali kedua aku menaiki bas express dalam tahun ini, ke tempat aku tak pernah tuju, Kulim, Kedah. Aku berjumpa semula dengan rakan-rakan lama semasa belajar di UPM antaranya Muzaffar (Apat), Zubri (Ei) & Boss (ni aku lupa nama sebenar dia). Si Izhan (Jihe) pulak tak sempat aku jumpa pasal sibuk.
Bila bersama dengan rakan-rakan jauh atau jarang jumpa, kita boleh melihat kejutan yang dialami sendiri oleh mereka. Ada jugak still macam dulu, ada yang dah berubah saiznya. Semuanya memberi saingan diantara satu sama lain.
Apat, yang pernah femes di UiTM dahulu apabila tak mau teruskan master meneruskan kerjanya di offshore. Berkepuk-kepuk duit. Oleh sebab dia nih dah bekeluarga, kerja tersebut terpaksa ditinggalkan. Ape taknya, mau berbulan-bulan dok pelantar, gersang suami isteri. Skang setempat kerja dengan Zubri, sebagai researcher.
Zubri, rakan yang tak asing lagi, sinonim dengan permulaan perkataan 'my freeennnn' dolu-dolu... Aku kagum dengan dia nih, bijok, rajin dan sekarang dah kayo. Katanya sebijik Cardina dengan no plat 369 akan disambar hujung bulan nih.
Boss, dulunya kurus skang agak berisi. Sambung Phd di USM. Macam-macam yang diborakkan apabila berjumpa dengan dia nih. Buka bicara dengan bercerita pasal bisnes Zubri & Jihe yang meletup-letup, tetapi amat tidak disenangi oleh beliau pasal asik-asik jumpa cakap pasal bisnes, bisnes dan bisnes. Bila tanya pasal kawin, dengan spontan dia cakap "muda lagi bro"...
Seorang lagi mamat yang tak asing lagi, Jihe... aku tak sempat merasai Mercedes CLK dua pintu milik dia di USM, dia takdek. Dia nih meneruskan perjuangan geng-geng study dengan mengambil Phd, sesupervisor dengan Boss.
Aku? Bila difikirkan banyak kali, penat juga hendak bersaing atau sesaing dengan rakan-rakan lama, terutamanya jikalau bermatlamatkan kebendaan & wang. Penat woo... Bak kata Nuriza Markisa yang tak kisah tu, asalkan ada usaha & tawakkal teruskan ajerkk... yang penting kerjasama (macam pernah dengar bunyinya).
Aku rasa aku tak perlu mencabar diri aku untuk membuat perkara yang aku kurang minat walaupun bunyinya menguntungkan. Penatttt wooo... Kengkadang bila difikirkan, buat apa nak susahkan diri melompat ke zon yang lagi susah, padahal anda memang dah berada di zon yang susah pun. So, biar aku dengan dunia aku, peluang yang datang cuba diaplikasikan & mengimprovekan apa yang dah ada. Sikit-sikit adaptasikan cabaran dunia luar setakat yang mana kita mampu. Dah cukup.
Aku ingatkan nak buat video tutorial amatlah mudah, tapi taklah mudah disangka. Rendering pun ambik masa 2 jam. Sila ke www.safartwork.net untuk menonton video tutorial membuat album storyboard.
Recent Posts

1 comments:
hik2..yer la 2 en.safa.. smg ape yg en impikan tercapai..apa yg penting..mkn abc dlu..hehe
Post a Comment