"Nak, pakcik nak mintak derma 40 ringgit, nak keluarkan EPF pakcik" kata seorang pakcik tua dalam lingkungan 50an. Suaranya perlahan sahaja, sungguh sahyu sahaya riak mukanya. Di genggamannya terdapat kertas hijau, seperti sebuah dokumen. Hendak ditunjukkannya kepada ku tetapi aku buat tak tahu sambil mengorek-gorek kocek seluarku manala tau terjumpa sekeping dua wang seringgit.
Hati aku mula berkata-kata semacam negatif bunyinya. Mengapa tidak ditujukan dirinya ke mana-mana pusat zakat? ke rumah kebajikan ke? mengapa aku pula dipilihnya meminta-minta. Bahkan ramai sahaja orang di dalam surau ni.
Dalam aku mencari-cari duit tu selama seminit dua, ku lihat muka orang tua tu mencuka. Dia tahu gayaku sejap ke kiri sejap ke kanan mengorek duit membuktikan tiada wang. Memangpun betul, kosong, null. Dia pun perlahan-lahan memaling muka.
Duitku sebenarnya di dalam dompet. Berkepuk-kepuk RM50, baru sahaja dapat petang semalam. "Ni derma ikhlas dari saya" kataku seperti begitu berat hendak memberi. Bukannya RM50, tetapi RM10 yang terjumpa dicelah2nya. Pakcik tu pun menciumnya, begitu bernilai sekali baginya. Berlalulah dia pergi dengan kakinya berdengket-dengket. Tidak ku tahu dia ke mana, mungkinkah mencari mangsa yang lain. Malas hendak melayan. Aku pun baring menutup mata.
Tiba-tiba seorang pakcik berusia 40 an duduk dan berkata "Berapa ringgit ko berikan kepada dia?". "Adalah..." kataku kemalasan "Kemarin, dia pun ada datang mintak sedekah kat sini, dia sakit apa?" tanya dia lagi, ingin tahu "Oh ye ke?, ntahlah pakcik. Saya tak tahu" balasku. Aku begitu malas berbicara pasal makin difikirkan nanti mendatangkan ketidakpuasan hati.
Hati yang tenang tidak lama. Sampai sekarang aku masih terfikir tentangnya lagi!
Tu lah dia, berlakunya satu ujian kecil tetapi bagiku ia cukup mendatangkan kekesalan besar kepadaku. Bukannya pasal jumlah wang diberi, tetapi kesal kerana berat sungguh untuk memberi dek kerana sayangkan duit yang tak sebeberapa.
Beberapa hari yang lepas, aku terbaca dari fowarding emel mengenai kekuatan sedekah yang lebih kuat dari angin, air, api, besi dan gunung, aku pun terfikir hendak bersedekah. Tup tap, datanglah si orang tua tu, datanglah syaitan membisik seribu kata supaya berfikir, berdolak dalih & sayangkan duit. Begitu lemah sekali iman kita nih.
Recent Posts

0 comments:
Post a Comment