Recent Posts

Monday, March 09, 2009

Balik kampung

Minggu nih aku berada di Tg. Karang. Dah lama tak balik kampung halaman semasa kecil, aku bersama Azmi bermalam di rumah pakcik di tengah bendang. Udara nyaman dan bersih boleh memotivasikan aku untuk melakukan banyak perkara yang dirancang. Tambahan pula selepas sahaja lulus viva, aku seperti bersemangat hendak memulakan tugas yang dah tertangguh.

safa-azmi by you.

Sebenarnya viva yang berlangsung beberapa hari yang lalu memberi kesan yang mendalam terhadap diri aku. Apa taknya, ianya membawa ke mimpi, dan pengalaman itu seperti menghantui diri aku. Gilos la...

Aku memerlukan full strength untuk membetulkan balik thesis aku yang serba kureng, aku juga memerlukan banyak masa untuk memulakan momentum. Disiplin masa & strategi yang optimum memang sangat diperlukan dalam masa beberapa bulan nih.

Ya Allah, aku mohon kepada-Mu agar aku berkeyakinan tinggi terhadap apa yang aku ingin lakukan. Berikanlah aku ilham dan pedoman untuk mengurangkan bebenanan perasaan, dan jugak disiplinkanlah diri aku nih...

Wallahuaklam.

0 comments: