Dengan album yang banyak tak siapnya, cuti last raya Cina yang lepas aku dengan Farell ke Melaka. Diceritakan, aku dah pun ke Melaka beberapa hari sebelum tu sebab ada job di sana.
Aku sedang menyukai klip video dan video editing sampaikan telah pun membeli sebuah mini stabilizer yang berharga RM600++ termasuk perhantaran dari U.K. Geram melihat video perkahwinan tempatan yang kreatif, aku ingin mencuba video pulak.
Alkisahnya, aku menganggap industri video perkahwinan boleh dikatakan sedang berkembang di Malaysia. Orang mungkin bersoloroh, yelah, adik aku pun boleh ambik video, tetapi ia tidak semudah yang disangkakan. Seperti fotografi, videografi pun mempunyai teknik dan prosessingnya sendiri. Yang penting adalah cara penyampaian yang menyentuh hati pengantin yang boleh diingati sampai bila2. Contohnya "Terasa seperti baru sahaja kahwin semalam."
Recent Posts

0 comments:
Post a Comment