Aku boleh katakan semua orang merasa gusar dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu ini. Menurut berita yang biasa kita baca seharian, kita akan merasakan kemelesetan ekonomi pada tahun hadapan. Sejauh mana impaknya terhadap kehidupan kita mungkin aku tak dapat nak bayangkan.
Teringat masa ekonomi meleset tahun 1997 dulu, bapa aku terpaksa membeli barang mentah (RAMLY burger) dengan harga yang mahal dan menjual dengan harga yang murah selama 6 bulan kerana kalo RAMLY lingkup, bisnes kami seluarga pun lingkup gak. Detik cemas pada tahun 1997 itu berjaya kami harungi, alhamdulillah.
Apa yang aku pelajari, untuk menggalakkan ekonomi, kita harus berbelanja, membuat simpanan di bank (bukan bawah bantal) & membuat pelaburan.
Aku rasa orang biasa macam aku nih tak payah la cakap pasal belanja, memang ramai dikalangan kita yang memang sungguh
tight perbelanjaannya, dengan rege minyak meningkat beberapa bulan lepas, harga barang naik, semua orang merasai sedikit keperitan apabila hendak berbelanja lebih. Nak taknak kena la berbelanja takat mana yang mampu aje.
Bagaimana pula tentang pelaburan?

Salah satu pelaburan yang mendatangkan keuntungan ialah dengan
emas. Oleh sebab harga emas ada pasang dan surut, kita perlu bijak ketika menjual & membeli. Anda boleh membuka akaun emas di bank terpilih atau beli aje emas ketul.
Trend pada hari ini (27/11/08) harga emas sedang meningkat sedikit demi sedikit. Cerita pasal emas nih boleh tengok kat http://www.jutawanemas.com.

Bentuk pelaburan yang lain ialah
unit trust.
Unit trust is for medium to long term investment (3-5 years). Ketika ini harga perunit murah & memang kena dengan waktu ekonomi yang
down ini untuk membeli. So kita boleh memaksimumkan keuntungan sekarang apabila ekonomi meningkat semula insyallah dalam 3 tahun akan datang dengan syarat anda membelinya sekarang!
Aku akui pelaburan di atas kalo nak untung besar, kena keluar modal yang besar, tapi tak salah jikalau anda bermula dengan sedikit. Dengan sedikit itulah anda boleh menambah nilai wang anda daripada dia dok kat dalam bank tanpa perubahan.