Recent Posts

Thursday, October 30, 2008

Experimenting with color

color-mood01.jpg picture by saffaridha

Sebenarnya aku maleh nak bereksperimen dgn byk teknik photoshop, sbbnya ia melibatkan masa yang banyak, pastu hasilnya tak lah seperti yang diharapkan. Walaubagaimanapun sebagai fotografer & editor, aku nak taknak musti berkebolehan dalam digital imaging.

Kamera Olympus E-3 bila digandingkan dengan lens 12-60mm kurang memberi masalah dari segi details, colors, sharpness, contrast dll (lens 12-60 adalah diantara kit lens yang terbaik menurut dpreview.com). Gambar yang diambil terus dari E-3 mmg dah cukup baik untuk terus diprint. Kadang2 rasa sayang gambar tu diedit. Tapi apo bole buek, 98% professional photografer musti buat editing punya! jgn nak outa la...

Persoalan yang paling jelas tentang sesuatu gambar ialah bagaimana hendak menghasilkan mood walaupun gambar tu mmg hampeh?

So, ni berupakan satu cabaran bagi aku.

Wednesday, October 29, 2008

Betul ke apa yang aku buat ni?

Aku telah meletakkan beberapa sasaran short term & long term planning terhadap kerjaya, kewangan, aset & disiplin. Umur dah meningkat dewasa, kita kena berfikiran matang terhadap masa depan.

Cumanya, aku tak sure adakah aku dilandasan yang betul. Aku tak pasti apakah yang akan terjadi pada masa depan. Bila dilihat dengan keadaan, aku berpegang kepada apa yang kita cuba untuk ubah hari ini, insyallah ianya memberi impak terhadap perubahan tersebut. Asalkan kita cuba & cuba lagi.

Aku banyak menghabiskan masa di depan komputer, blogging & buat editing. Kengkadang terstumble blog orang yang lebih power (dgn templete & bahan yang lebih menarik utk dicerita) daripada aku & timbul perasaan, ape diorg takde keje lain ke update blog aje. So baru aku faham 'perasaan' itu apabila seseorang yang lain bertanya perkara yang sama kepada aku.. hehehehe...

Aku sebenarnya maleh nak decorate blog aku dgn mcm2 addon. Takdok orang baca pun. Tujuan blogging adalah untuk aku membaca balik tulisan2 aku supaya aku dapat merasakan balik perkara yang aku ceritakan. So, kalo down aje baca tulisan sendiri utk mengarapi perasaan ketika semangat berkobar2 bila buat bercerita...

Macam blog nih, uiihhh, berkobar2 punya semangat sebab muncul kekuatan dari dalam nak bercerita aje... maklumlah, semalam dapat duit raya (album client bulan 8 dah siap, bayaran baki dah dibuat).

Utk mencapai wawasan, nak taknak langkah pertama tu perlu ada. 2-3 langkah dah pun dibuat, tetapi byk pula aku rasa, adakah betul ke apa yang aku buat ni? Aku dah imaging byk benda, padahal tak capai lagi maksud tujuan tersebut. Salah satunya adalah melibatkan orang.

Kalo nak pandai uruskan orang, kita dahulu kena pandai uruskan diri kita. Okeh, dah jumpa satu lagi quote.

Monday, October 27, 2008

Signboards & posters

Cerita hari minggu

Starting kul 12 mlm tadi, dentuman mercun macam bunyi perang kedengaran dikawasan rumah. Deepavali la katakan, jiran tetangga pulak masyarakat majmuk. Baguslah, berbalas pantun dengan hari raya.

Sepanjang cuti minggu aku berada di Sg. Koyan Pahang. Rakan sebaya En. Labard melangsungkan pernikahan dengan orang sana.

Memang bagai pinang dibelah 2

Rakan sebaya yang akan melangsungkan perkahwinan tak lama lagi ialah Bad & Senon.

Cuti Isnin tu pulak, aku dengan Hasrul & Hatim buat kelas editing II di UPM. Dah lebih sebulan tak buat wedding, aku lupa setting strobist, so alang2 mamat dua orang tu ada, terus aje main CLS.

blog-hasrulgarang.jpg picture by saffaridha
Hasrul

Friday, October 24, 2008

Aku dapat komen dari seorang pengunjung ke fotopages aku:
mane ko blaja amik gmbr pre wedding mcm nie...berpeluk2 dpan masjid...ni ke nilai etika photog...
bg aku ni gmbr org berkhalwat je.....

jgn wat malu je....pre wedding photo shoot se elok2nya x leh bersentuhan sbb diorg blum nikah lg...ape pandangan org ble tgok gmbar cam nie...blum nikah da peluk2...dpan masjid lak 2...nsb x kena smbar petir....

Mon 13-Oct-2008 01:04
Posted by:penkritik bebas
IP: 172.17.40.85

Komen ini memberi kesedaran kepada aku mengenai etika photografer, cuma ayat dia tu aje yang 'panas' didengar. Pengunjung tersebut tidak memberi sebarang link ke homepage peribadi beliau, boleh la aku ucapkan terima kasih.

Kalo dilihatkan dari segi etika fotografer, aku rasa tidak menjadi masalah untuk aku meletakkan limitation terhadap apa yang ingin aku paparkan, jikalau bab etika yang dipersoalkan dia pun perlu tahu juga bagaimana nak komen secara bernas. Kalo komen, taruk kaw2 punya seolah2 hanya dia sahaja tahu pasal etika.

Cara yang terbaik untuk tidak 'menghina' seseorang dihadapan orang ramai ialah berjumpa secara peribadi takpun susah sangat kasi private massage. Aku memang seorang yang boleh ditegur, open minded dan sentiasa berubah ke arah membantu diri aku untuk menjadi lebih terbaik dalam semua kerja yang aku lakukan. No problemo...

Ini merupakan satu perkara yang fositif untuk dinilai.

Monday, October 20, 2008

Berani tak?

Lately, aku telah berfikir bagaimana nak survive jikalau aku jadi freelancer, aku telah menyenarai senarai panjang perkara yang perlu aku buat & salah satunya berkenaan dengan idea projek fotografi di konvo.

Kemudian, ketika aku pulang dari JapanGT event di Sepang, aku terperasan yang ada konvo di UPM. Perasaan seperti takut, kaku, berdebar2 mula menyelubungi aku apabila aku try nak adapt idea aku tu bila aku imaging aku di tempat tersebut.

Hadoi, macamana nak kerja sendiri ni?

Sume orang ada planning & idea yang bermacam2 nak buat tapi kalo xde 'action', tak berguna jugak idea bergunung2 tu sekali pun.

Wednesday, October 15, 2008

Raya dah habis, time utk bekerja

Dah 15 hari raya, bermula minggu ni aku akan start busy sampailah akhir bulan Januari 2009. Dibawak pulak ke bulan Februari sbb nak habiskan editing album.

Aku bajet aku akan viva samada bulan Februari tu atau selewat2nya April 2009. Masih menunggu surat panggilan viva, wallahualkam tak tahulah ingat ke lagi aku dengan research yg aku dah tinggalkan 1 1/2 tahun lepas.

Hala tujuku sekarang tertumpu kepada apa yang aku ada dan apa yang aku boleh ubah. Pada masa yang sama ingin mengintai peluang2 lain yang boleh menambah pendapatan, of course dgn cara yang halal. Tetapi mengikut mengamatan diri, aku tidak mampu membuat banyak kerja dalam satu masa. Jiwa aku tertekan apabila kerja tak siap. So lebih baik aku adapt tekanan tu secara berkala, sedikit demi sedikit, kemudian baru tambah projek baru. Peluang yang aku ada sekarang adalah untuk menambah baik kualiti kerja, masa, tenaga, wang dan paling penting rohani.

Aku sering bertanya dalam diri "bagaimanakah nak tabah dalam kehidupan?"

jawapan yang aku terima ialah persistent...

Apakah ukurannya? masa....

Aku baru sahaja mengatahui dengan jelas jawapan tersebut bila beraya dikampung. Ramai diantara saudara mara, sepupu sepapat aku sedang mengorak langkah untuk success dari segi banyak perkara. Diaorang bermula dari zero. Mereka berimpian, berwawasan, berani, cekal dan tidak putus asa. Sifat2 ini perlu ada untuk berjaya.

Adakah success memerlukan pengorbanan? I bet semua orang cakap ya. Bagi aku, aku kena rasa erti pergorbanan tu baru boleh kata ya. Pengorbanan yang aku katakan ialah berhenti kerja makan gaji & bekerja sendiri.