Recent Posts

Friday, June 27, 2008

Siapa juara Euro2008?

Russia dengan Spain malam nih- Aku sokong Russia tapi agaknya Spain akan pergi final.

Papepun, semestinya aku tak tengok bola malam nih pasal aku mengantuk...

Masuk tidur dulu!

Tuesday, June 24, 2008

Haih!! pening nak buat custom album new version

Dari segi editing, enhancing gambar tu bagi aku no problem... tapi nak buat new design templates yang lain dari yang lain, unik dan menarik tu agak sukar bagi aku. Pulak tu, aku attempt nak design 10 templates yang berbeza. Tu yang ambil masa untuk kaji, try and error. Kengkadang tension gak nak sesaing dengan graphic designer yang lain. "Apasal la aku tak terfikir cara dia buat tu ek??" Ayat yang selalu aku ucapkan bila terlihat sesuatu kelainan.

Kalo nak diikutkan kehendak mata bagi orang kebanyakkan, rasanya tak perlu jugak untuk menghasilkan sesuatu yang bangat pun. Asalkan gambar tu sharp, cerah, bermakna dan paling penting sekali, kemas. Cukuplah. Tapi ada gak yang pekej ditawarkan humang hai, bapak mahal, tapi hasilnya haaadoooi... Ada gak yang murah/berpatutan, hasilnya superb. So, rezeki masing2... marketing kena power kot...

Dalam mengatasi kebingungan ini, aku try yang termampu, cuba improvekan kesemua yang aku pelajari sedikit demi sedikit. Nak buat semua dalam satu masa, mmg tak terlayan. Of course ada cabarannya, aku sedang menuju track yang aku buat & yang aku fokuskan.

Aku boleh katakan bila aku serius dalam bisnes, nak taknak aku kena kembali kepada mula- Buat strong porfolio.

Wednesday, June 18, 2008

Safartwork New Designs and Styles

safa.jpg picture by saffaridha

Safartwork akan mempunyai beberapa konsep dan design baru tak lama lagi. Buat masa ini beberapa styles sedang dibuat melalui album dan melalui persembahan di fp untuk mendapatkan satu standard yang terbaik mencerminkan Safartwork. Perkara ini bukannya mudah kerana ia melibatkan kretiviti, pemerhatian dan banyak kali try and error semata2 untuk mencari keaslian bukannya karya ciplak dan terpakai.

Nantikan perubahan sedikit demi sedikit profile Safartwork. Insyaallah, akan ada editor2 tambahan will be hired.

Monday, June 16, 2008

Semua orang patut buat wasiat

Berita sedih untuk Hifzan & jugak aku apabila awek dia meninggal dunia beberapa minggu lepas akibat eksiden di Kelantan. Setelah seminggu Hifzan di sana, kitaorg berjumpa semalam menceritakan balik apa yang berlaku. Al-Fatihah untuk beliau.


Dalam menggarapi sesuatu peristiwa, dalam hal ini, aku seperti terpanggil untuk melakukan sesuatu yang penting iaitu menulis surat wasiat. Seperti mana yang aku katakan sebelum ini, membuat bisnes berseorangan mempunyai risikonya tersendiri. Anda takde backup diri anda sendiri apabila berlaku sesuatu kepada diri anda. Tu belum lagi hutang2 aset yang belum habis bayar, PTPTN? Clients yang dah advance payment? Pahala? Dosa? isk...



Thursday, June 12, 2008

Kengkadang rasa macam malas pun ada

Lebih sejam aku berchatting dengan RafiezZ bincang pasal bisnes fotografi. Bila dilihat di dunia luar sana, begitu banyak sekali orang yang better daripada apa yang kita boleh berikan. Begitu kompetitif sekali, sampaikan anda merasa banyak yang perlu dipelajari & dikecapi... last2, anda bingung dan berhenti.

Dalam hal ini aku selalu beringat2 (sebab selalu terlupa)... perkara pertama yang penting adalah fokus, perkara kedua ialah improvement, perkara ketiga adalah usaha, perkara keempat ialah tawakkal dan perkara yang terakhir ialah bersyukur.

Fokus terhadap apa yang anda hendak kecapi. Sentiasa improvekan diri anda dengan kreativiti, berusaha bersungguh2 untuk mencapai kecemerlangan, menyerah diri dengan Allah bahawasanya usaha yang kita buat itu resultnya ditangan-Nya, dan bersyukur dengan pemberiannya.

Thursday, June 05, 2008

Road tax free?

2 minggu lagi, tibalah masanya besday Jerangkung Merah yang ke-17 tahun. Tengah2 mengumpulkan duit untuk membeli hadiah (road tax + insurans), tetiba pulak kerajaan Mesia nak kasi subsidi sebanyak RM625 setahun kepada Jerangkung Merah... memang free la road tax + insurans tahun nih. Boleh la beli lens Pana-Leica 25mm f1.2 yang berharga RM4k tu... (ni suggestion dari Shahrul).


Secara logiknya, RM625 tu memang dah boleh sangat renew road tax si Jerangkung Merah sepanjang tahun, siap ada balance lagi, tetapi kalau diikutkan secara matematiknya, apelah sangat dengan RM625 tersebut berbanding dengan perbezaan sebelum dan selepas minyak naik, aku boleh dapat RM1800 setahun.

Tak adil, memang tak adil.

Multi level marketing? Not now...

Dah lama tak jump rakan lama, si R, tetiba aje dia sms nak jumpa. Aku ingatkan nak tahu pasal fotografi kawin tetapi rupanya dia nak share psl bisnes MLM kat aku.

Memang jutawan segera! Syarikat yang dia buat tu dah mempunyai banyak giler jutawan yang membuat bisnes nih tak sampai beberapa tahun. Memang amazing! Cuma si R nih baru aje masuk, dah dapat income bulan pertama RM5k.

Aku sebenarnya tidak pun merasa jeles dengan apa yang mereka ada, kereta besar? rumah besar? angka ratus ribu? juta? malahan aku bersyukur terhadap mereka. Mudah-mudahan mereka dapat membantu orang lain untuk mengubah pemikiran mereka untuk membuat bisnes tak kiralah bisnes apa. Yang penting adalah untuk membina pemikiran secara perniagaan Islam yang adil dan tidak dimonopoli oleh individu2 tertentu yang tamak iaitu golongan kapitalis, yang mementingkan espek keuntungan semata2. Lihatlah, kenapa bahan makanan dan minyak petrol perlu naik mendadak? Seperti ada 'tangan' yang mengawal ekonomi dunia. Alangkah baiknya jikalau 'tangan2' tersebut mengikut ajaran Islam, pasti tiada seorang pun orang miskin wujud di dunia nih.

Kenapalah aku tidak mahu masuk join diorang? kan dia tunjuk jalan paling senang nak jadi kaya, kenapalah aku nih degil sangat? huhuhu...

Aku percaya dengan bisnes yang aku buat sekarang ini akan menuju ke arah seperti mereka juga. Setiap bisnes mempunyai sistem yang tersendiri dan aku percaya terhadap kemampuan aku untuk membina legasi aku sendiri.

Nampaknya buat pertama kali, aku telah berjaya mengata 'tidak' dengan mengubah persepsi aku terhadap 'cuba dulu baru tahu' kepada 'bukan masanya sekarang'. Aku kena fokus terhadap apa yang ingin aku ingin bina dahulu. Seperti satu perumpamaan peribahasa yang aku lupa bunyinya... ape ek... mcm dikendong keciciran camtu... lupa pulak...

Tuesday, June 03, 2008

Adeh, minyak petrol naik!

Oleh sebab kerajaan Mesia nih akan tarik balik subsidi minyak petrol tak lama lagi, nampaknya terpaksalah aku menggunakan kaedah alternatif lain untuk megurangkan pembelanjaan bahan bakar bagi bakal Jerangkung Merah II akan datang.

ps: Jerangkung Merah II adalah sebijik BMW 3 Series bewarna merah yang menggunakan NGV. Huhuhu.... jgn mare...

http://www.seriouswheels.com/pics-1950-1959/1957-BMW-Isetta-300-red-fa-lr.jpg

Monday, June 02, 2008

Langkawi tak jadi

Aku telah memutuskan tidak ke Langkawi pada 19 Jun nih. Tiket Air Asia yang berjumlah RM56 tu terpaksa kena burn...

Sebab munasababnya adalah kerana aku tak bersedia nak pergi. Banyak album kena siapkan, duit pun kena keluar lagi, kemudian ada Japan GT.

image001.jpg

Jumpa balik kengkawan lama



Nih antara memember yang sempat dikenali semasa di UiTM dulu. Ada yang dah bekerja, berkahwin dan ada juga yang sambung belajar. Terima kasih kepada Lela, (gambar di atas sekali dua dari kanan) yang recommend aku kepada pengantin. Nampaknya kena belanja Lela KFC nih...

Kebanyakkan diaorg terkejut dengan profession aku. Banyak gak soalan cepu mas yang aku dapat dan banyak gak jawapan yang aku bagi dengan silence aje...

"Kalo korang nak kawin call aku, rege kengkawan mahal sikit sebab nak support aku...huhuhu..."