Recent Posts

Friday, May 30, 2008

Aku kena test

Hari ini aku telah diuji dengan satu perkara yang memang kalau boleh aku nak elak, tetapi ia berlaku jugak iaitu flash aku rosak betul2 time nikah.

Aku tak boleh nak imaging balik betapa paniknya aku ketika itu, pada masa yang sangat kritikal bagi fotografer semasa pengantin sedang berakad dengan tok kadi, time tu pulak flash buat hal!!

Semasa itu pulak, backup flash dll tertinggal di bilik, manakala aku tersepit dicelah orang ramai. Karang kalau aku segera ke bilik, tak sempat pulak aku nak ambil gambar nikah. Tidak ada cara lain kecuali aku terpaksa on-off kamera beberapa kali supaya flash tersebut dapat menerima signal dari kemera. Flash memang fire tetapi dh macam coklat chipsmore, kejap ada kejap takde. Mode TTL sume ok. Bateri pun ok. Aku saspek mentol dia dah kong.

Walaupun aku sangat mengutamakan sebarang kemungkinan, tetapi bila nak jadi, dia jadi jugak. Aku berdoa agar job akan datang berjalan dengan lancar dan apabila perkara tidak diingini berlaku aku dapat menghadapinya dengan rasional. Inyaallah.

p:s Menggunakan seorang fotografer di majlis perkahwinan mempunyai satu risiko yang sangat besar iaitu anda tiada backup diri anda sendiri walaupun anda mempunyai backup peralatan. Apa yang akan terjadi kepada clients jikalau something happen kepada diri anda sebelum berlangsungya majlis? Oleh sebab itu kebanyakkan fotografi menggunakan 2 atau lebih fotografer kerana bukan sahaja coverage dia luas dan banyak idea boleh dibuat, tetapi tujuannya adalah untuk backup sesama mereka sendiri.

Sunday, May 25, 2008

Suda stat bizi

Mulai hari ini sehingga 3 minggu lagi, aku akan start busy membuat beberapa custom album, kemudian, LANGKAWI HERE I COME!!!

Sunday, May 18, 2008

Dah macam apperinties

Aku tak dapat menahan gelak aku, apabila mengenangkan balik diri aku ketika menyertai assessment PTD di Behrang, Perak. Senang cerita, aku memang kurang pandai berhujah, mahupun membalas hujah. Aku seperti seorang budak baik, ala takpe, bagi ko sahaja yang menang. Tidak bermakna aku putus asa. Ya, aku lihat untuk menjadi pegawai PTD, ciri2 kepimpinan mesti ada. Tetapi berdasarkan pemerhatian aku, kerjanya sebagai PTD pada peringkat permulaan ni takde la susah mana, cuma nak masuk PTD tu banyak sangat songehnya...
Persoalan dapat ke jadi PTD ke idak bukanlah sesuatu isu yang sangat penting, tetapi apakah yang aku perolehi ketika menjalani kursus tersebut, dan bagaimanakah ianya dapat membantu aku untuk menjadi seorang usahawan yang lebih baik. Ada satu persoalan yang aku selalu kemukakan kepada rakan2 sekursus, kenapa ko nak jadi pegawai kerajaan atau kerja sebagai PTD?
"Akak nak berhijrah dari kerja swasta ke kerja gomen, nak merasa kerja gomen pulak"
"Rakan aku dia bekerja di bawah kementerian pelancongan, dia selalu traveling ke luar negara, aku suka travelling"
"Aku ada company aku sendiri, aku masuk PTD kerana boleh menjadi orang dalam, senang nanti tander2 kerajaan aku sapu"
"Kerja lama aku ikut shift, penatlah. Kerja kerajaan relax aje"
Sekurang2nya mereka ada reasons kenapa nak jadi pegawai kerajaan. Aku?

Aku tiada jawapan spesifik untuk menjadi seorang pegawai kerajaan. Fikiran aku masih berlegar2 untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, tetapi pada masa yang sama mengintai peluang untuk menjadi seorang pegawai kerajaan. Kot2 lah, mana sampai dulu, aku capai dulu. Bak kata mak aku, kerja kerajaan banyak kelebihannya, secure, boleh apply loan, hospital dan sebagainya. Aku memang setuju cakap mak aku, tapi kalau aku boleh dapat RM7k sebulan sama dengan basic gaji PTD yang paling atas sekali dan selalunya diperolehi oleh pegawai yang nak pencen, macamana? Mak aku jawab
"Ko ni cakap besarlah"...
Aku memang tak mampu hendak menjawab lagi, sebabnya aku seorang budak yang baik (seperti mana aku nyatakan di atas). Tapi tak bermakna aku mengalah. Aku menginginkan 7k dan sedang merangka sistem untuk mendapatkan 7k tersebut... o yeah!! Chaiyok2!!

Baiklah, berbalik pada cerita asal, apakah yang aku dapat ketika menghadiri kursus?
1. Aku dapat melihat kelemahan aku di mana, dan pada tahap mana. Memang hampeh.
2. Segala-galanya adalah berkaitan dengan ilmu pengatahuan yang ada dan bagaimana hendak mengolahnya dengan baik.
3. Aku memang tak biasa panggil 'tuan' pada sesorang, rasa macam kita hamba pulak. Aku lebih suka panggil 'boss'.
4. Oleh sebab aku tak pandai berhujah dan membangkang, siap kena fire banyak kali balik. Aku rasa macam nak upah seseorang yang pandai bercakap utk represent aku. huhuhu...
5. Aku tak seswai jadi menteri. Sebab tanggungjawab dan amanah adalah tersangatnya besarrr sekali.
6. Rupa2nya aku adalah seorang entertainer. Role aku di dalam kumpulan adalah sebagai tukang sorak dan sebagai soldier. Macam budak2 la! hahaha!!
7. Apabila aku present, mata aku pandang bawah. Itu bermakna aku sedang 'melihat' matlumat.
8. Apabila aku bersama seorang yang pandai membuat decision, aku lebih cenderung kepada dia.
9. Aku dapat contact dan networking.

Secara kesimpulannya, aku dapat rasakan yang aku masih belum ditahap PTD lagi. Ya, mungkin apabila pengalaman sudah dibina, ilmu penuh didada, aku akan berada di tahap tersebut. Kesan yang boleh aku dapati setelah habis kursus ialah dapat munasabah diri, dapt melihat kelemahan diri sendiri dan cara bagaimana hendak meningkatkan keupayaan diri. Semoga diri aku berjaya.

Thursday, May 15, 2008

Sistem efektif

Zam² (Zamri dan Zamzurina) punya album dah pun siap dihantar. Skang kena design Sima dan Desh.



Sebagai seorang fotografer dan jugak tukang grafik, aku sedang membuat satu sistem kerja yang lebih efektif supaya setiap tugasan diberi dapat disiapkan dalam waktu yang singkat walaupun ada 3-4 custom album yang kena disiapkan dalam sebulan. Sistem yang aku maksudkan adalah dari serahan gambar oleh fotografer sehingga album siap dihantar di tangan clients. Of course la computer kena power beb! Aku juga terfikir untuk mengupah seorang programmer yang boleh membuat satu program komputer khas untuk membuat design custom album. Letak gambar dalam satu folder, program tersebut terus run, dan tadaaa.... siap pun satu album dalam masa kurang 10minit. Kan efisyen namanya tu...

Tuesday, May 13, 2008

Harga beras naik? Harga zakat fitrah pun naik?

Pagi tadi aku tanya mak aku, harga beras yg dibeli semalam tu naik ke harganya? Jawabnya, Ya. Sambil tu aku bertanya jugak, agaknya harga zakat fitrah pun naik jugak ke? Dia pun jawab dengan selambanya, naik lah jugak...

Monday, May 12, 2008

Alkisah mengenai bisnes

Aku ke MIHAS semalam dengan Marz. Tapi dah terlambat pasal aku sampai agak lewat dan kebanyakkan gerai sudah pun tutup. Tapi aku tak dapat melupakan apabila aku telah membeli sebuku sabun yang telah dipotong 4 berharga RM75 seperempat. Harga sebenar seketul sabun tu RM300. Yang kelakarnya sabun tersebut kecik aje, tapi boleh mengecilkan liang2 roma muka. Bila aku pakai takde beza pun sama aje...

Sepanjang lebih kurang 30minit aku di sana, aku dapati, walaupun tidak semua yang aku lihat, mereka yang menyertai pameran tersebut mempunyai produk mereka tersendiri. Setiap produk yang ada kelebihannya, yang membezakan antara semua produk2 yang banyak itu adalah kulit luar. Orang lebih tertarik dengan pakaging yang menarik.

Jerangkung Merah telah dibaiki aircond. Alhamdulillah, aku tak lagi kepanasan di dalam kereta.

Aku dan Azmi telah menghadiri kursus asas keusahawanan di UKM. Beria2 pengacara majlis memberi semangat kepada peserta menjadi jutawan. Yea, memang bersemangat! Tujuan aku datang hendak mendapatkan connection dan bagaimana untuk membuat pinjaman. Alhamdulillah banyak tips menarik yang aku dapat antaranya:

1. Tidak lain tidak bukan untuk menjadi usahawan yang berjaya anda kena tawakal dan usaha bersungguh2.
2. Menetapkan matlamat yang jelas. Mengapa aku ingin menjadi jutawan?
3. Jadilah seperti baby/kanak2 kecil yang sentiasa hendak melakukan apa sahaja dan aktif semasa kecilnya.
4. Cari 6 orang kawan2 yang mempunyai fikiran dan matlamat menjadi jutawan.

Aku berkenalan 5 tukang grafik dan sorang fotografer ketika menghadiri kursus tersebut. Apa ke takde ke kerja lain yang mereka memilih tukang grafik sebagai kerjaya. Ya, secara negatifnya terasa satu persaingan di situ. Secara positifnya aku berfikir bagaimana hendak mencilok peluang yang ada untuk membuat jaringan.

Gambar adalah hakmilik opmindtns@gmail.com

Friday, May 09, 2008

Terima kasih syabas.

Sebelum PRU12, jalan raya yang telah digodek oleh SYABAS telah diturap sepenuhnya. Maka happylah penduduk kampung Serdang Jaya yang selama ini terpaksa berhabuk sepanjang pagi dan malam. Tak sampai beberapa bulan mat rempit bersuka ria pacak sana, corner baring sini, jalan raya yang masih dara tu telah dirobek semula oleh SYABAS sekali lagi untuk pemasangan paip. Maka kembalilah berdebu kereta, t.v dan dapur rumah2 yang berdekatan dengan jalan2 tu, termasuklah mat rempit yang terpaksa memperlahankan motosikal yang ditunggangnya.

Pakcik yang tidak pernah menyiram pokok bunga terpaksa menyiram jalan raya yang ditutupi pasir. Banyak kali bas sengaja laju2, menyirap hati makcik yang terpaksa mengkebokan kain ampaian yang sudah kering, tetapi diselaputi debu.

Habis sahaja selesai kerja2 si tukang paip ni, diturap semula jalan tersebut, maka hasilnya berbonggol2lah jalan raya yang masih lagi hitam dan belum berlubang2 tu. Terima kasih dan syabas kepada SYABAS.

Workstation ntah versi yang ke berapa ntah...

Alhamdulillah, aku dah kembali kepada sedia kala, sihat walafiat. Aku dapat tahu yang aku ada alergik sebarang bentuk habuk dan asap yang boleh menyebabkan aku batuk. Tak kisah la dia keluarga asap rokok, spray, asap lori dan lain2...

Ada berdozen projek aku nak buat untuk memperoleh apa yang aku nak. Yelah, tengah bersemangat nih. Tetapi kepenatan balik dari ofis dan jugak mengejar date line album menyebabkan aku terpaksa melegarkan perkara tersebut di dalam kepala sahaja. Mana sempat aku tulis, aku catitkan dalam buku nota aku.

Kelakar dan geli hati aku membaca buku karangan Faisal Tehrani, manikam kalbu tu. Walaupun aku tak dapat menggambarkan ape ke ntah jenis2 kain di dalam buku tu oleh sebab aku bukannya tukang jahit, tapi tukang grafik, tetapi jalan cerita menarik dan terselit unsur jenaka membuatkan aku rasa teruja untuk mengetahui endingnya.

Monitor 14 hinci aku tu kecik betul... aku terpaksa menggunakannya dahulu sebab pc aku dah power, tapi monitor aku lak tak power2. Aku dapat merasakan yang editing aku bertambah pantas dan efisyen. Pasni nak install game online apa ek.. hmm...

Tuesday, May 06, 2008

It is time for major decision

Sebenarnya aku tak demam. Aku kena campak aje. Bintik2 merah tu sebenarnya macam ruam, gatal pulak tu. Ahad malam tu aku tak dapat tidur lena, tergaru2 macam kena gigit nyamuk. Pagi Isnin tu pulak aku mcm overdose, aku tak boleh nak tidur (selalunya boleh) sebab badan aku ni macam exited, kerja dan kerja dan kerja. Akhirnya malam tadi aku ambil ubat tidur, ya boleh tidur tapi ada side effect pulak. Aku terlampau mengantuk di tempat kerja hari ini.

Alkisahnya, bila aku kena campak beberapa hari lepas, aku tak boleh duduk diam. Mesti ke sana kemari utk membuat sesuatu. Kalau aku cuba tidur, pasti takkan berjaya. Selepas aje beberapa jam ambil gambar adik Shahrul, aku lepak kedai mamak dengan brother developer tu. Macam tak percaya yang badan aku penat, mata aku kemerahan tapi fikiran aku masih lagi segar, berputar2 memikirkan masa depan aku. Banyak yang kita berdua bualkan malam tu. Dan memang aku sengaja hendak berborak dengan dia, intai peluang yang ada, cilok sedikit kata2 semangat, dan ambik wisdom sikit.
"You was a multitasking kind of person. You have degree and master then you got arts, It is time for you to combine those skills and apply it in one job"- Muha.
Selama ini aku baru sedar yang aku boleh buat banyak kerja. Sebab aku suka mencuba, yelah, semuanya bagi aku boleh dibuat. Cumanya aku tak fokus kat satu bidang. Akhirnya aku perlu untuk membuat keputusan dengan memberikan tumpuan terhadap kerja aku sekarang, kerjaya aku sebagai tukang grafik. Dan try kaji balik kerja yang aku buat dulu, try improve dan buat dalam bisnes yang hendak aku buat nih.
"Semua skill ko dah ada, cuma ko tak buat aje"- kata hati Safa.

Sunday, May 04, 2008

Aku kena campak

Ketidakselesaan aku semenjak Rabu malam rupa-rupanya adalah disebabkan perubahan komposisi kimia di dalam badan, dan ultimatenya Sabtu tu, aku terkejut apabila bintik2 merah mula naik dibahagian badan, tangan dan kaki. Apalagi aku saspek denggi.

Aku ke hospital Serdang selepas zohor, setelah aje dapat surat endorsement dari klinik untuk check darah. Bayangkan aku terpaksa menunggu selama 3 jam untuk mendapatkan keputusan dari tangan doktor. Masa aku dibuang di situ sambil mengeluh, bilakah tiba masanya turn aku? Buku tuhan manusia last2 habis dibaca.

Alhamdullillah, pamplet darah aku normal yang tak normalnya ntahkebende lobus katanya, yang membuatkan aku rasa mcm nak demam. Sintom2 denggi seperti tekak loya, sakit sendi dll tiada. So, apemende bintik2 merah tu? Doktor cakap aku kena campak...

Friday, May 02, 2008

Panasnya...

Semenjak beberapa minggu ni, aku berpeluh2, rasa panas aje. Tak pernah aku rasakan suasana bahang di ofis dan di rumah, malahan dalam jerangkung merah pun sama. Aircond dipasang minimum pun masih terasa hot.fm. Badan aku seram sejuk, macam nak demam. Terbatuk2... uhukk... uhukk...

Offers

Semalam (1/5/08) aku dioffer oleh seorang web developer untuk bekerja dengan dia, sebagai tukang grafik (biasa la apa lagi aku ada). Offer dia tuh melebihi dengan pekerjaan sekarang. Dia offer gaji tinggi sikit dari sekarang dan part paling best sekali ialah ko bekerja kat rumah dan kesemua job mesti siap b4 dateline. Communications under maya; email & on the phone. Dan sekali sekala kena jumpa clients.

Ok, alkisah lain pulak, aku akan menghadiri assessment PTD di Perak pada 16-18/5 nih (cerita pasal exam PTD kat sini). Assessment ni kira macam 2nd round la before dia interview betul2.

Ok, sekarang aku betul2 di atas banyak persimpangan. Tetapi ada 2 yang utama, nak keje makan gaji ke? atau keje sendiri? mana satu aku nak concentrate ni?

ps: web developer yg aku maksudkan itu mempunyai syarikat sdn. bhd. Dia bekerja sendiri dan memang memerlukan tukang grafik untuk support job dia yang bertambah2. Dia kata dia dah buat bisnes 2 tahun, dan income yang dia dapat melebihi kerja makan gaji dia sebelum ini. Yang membuatkan aku terfikir ialah dia mampu berhenti kerja, buat company sendiri & berkerja sendiri pada umurnya ketika itu 26 tahun. Takkan aku tak dare nak sahut cabaran dia kot. Takkan aku tak mampu nak kembangkan bisnes fotografi atau designs aku sendiri?

Fokus, fokus...