Friday, April 18, 2008

Malang tak berbau buat Jerangkung Merah

Sedang tetiba Jerangkung Merah melalui MRR2 tetiba kedengaran bunyi letupan yang kuat di hadapan. Aku terkezut besar apabila cermin Jerangkung Merah retak meniti pecah seribu. Aku pun pull over. Berbekalkan E-500 yang ada di tangan, aku pun mula menangkap gambar.

To be honest, dah 3 hari instict aku berkata, maybe somting happen to Jerangkung Merah dalam masa terdekat ini, yup perkara itu berlaku petang tadi.
Sedang kerekatan dia tu merayap hingga ke atas, aku cuba sedaya upaya membawa pulang Jerangkung Merah hingga ke depan rumah. Tapi tak kesampaian kerana sudut penglihatan semakin mengecil dan juga jalan jam.

Maka, aku terpaksa parking kereta dikawasan yang sesuai dan cuba mencari alternatif ke rumah.Ada 2 cara balik kerumah, pertama dengan pecahkan terus cermin Jerangkung Merah ataupun cari pengangkutan awam. Aku buat pilihan yang kedua.Hari dah nak gelap, perut pun sudah lapar, bas tak sampai2 lagi. Magrib pun akan menyusul.Setibanya di LRT jelatik, ada la pulak pasar malam, apa lagi beli makanan sebagai makan malam.
Durian tidak sama sekali boleh dijadikan bantalMakan malam aku. Tunggu turn akak rapid KL beli makanan.
Kebab antara makanan dibeli. RM2.50 tu...

Alkisahnya, sebelum makan dibeli, aku bertanyakan lah beberapa orang di situ:
"Akak, surau kat mana?"
"Ntahlah..."
Ditanya pulak orang ke dua
"Boleh bagitahu surau kat mana?"
"Tak pasti la kat mana"...
Aku rasa macam kat Russia pulak, apeke diorang nih tak solat ke? (Menurut buku 9 jalan cerdas emosi & cerdas spiritual, seseorang itu perlu ada elemen bersangka baik, so agaknya mereka nih tengah period tak?)

Alhamdullillah, akhirnya berjumpa jugak surau di stesen petronas Jalan Jelatik. Walaupun surau dia sekangkang kera, dapat jugak aku menunaikan kewajipan solat magrib.
Yang kelakarnya, tidak ramai orang Malaysia menggunakan pengangkutan awam. Ini dapat dibuktikan apabila apabila lebih separuh pengguna adalah terdiri daripada orang asing.

Beberapa kesimpulan yang dapat dibuat ketika anda dalam kesusahan:
1. Pastikan anda menelefon keluarga anda dahulu yang anda ada masalah.
2. Jangan malu bertanya. Pastikan anda bertanya kepada penduduk tempatan yang mendiami kawasan tersebut, contohnya tauke kedai atau makcik pakcik yang beborak dihadapan rumah mereka.
3. Pastikan jugak anda ada duit tambang. Kalau takde cash, karang mau aje kena cuci pingan. isk...
4. Pastikan jugak perut anda berisi.

Lebih kurang 3 jam kemudian iaitu setibanya di rumah, aku pun terfikir, kenapa tidak aku buat pilihan yang pertama? (pecahkan terus cermin & terus balik).

Update: Cermin baru

1 comments:

KM Lim said...

wahh.. rindu durian.. kakaka..

baru je jumpa blog ni!