Friday, April 18, 2008

Hifzan, rakan yang memahami.






Perkenalkan En. Hifzan a.k.a Bijan, kengkadang Pijan... rakan ex-sekolah menengah aku. Dulu dia panggil aku Safa, sekarang dah jadi Paya pulak... no problem... (memang biasa budak2 panggil aku dengan panggilan itu).

Hifzan, nama yang sering kali aku sebut dalam blog nih, menjadi sumber luahan perasaan (begitu jugak sebaliknya:). Bekerja di Kluang, gaji beso beb, pegawai kerajaan lah katakan. Baru2 nih dia telah membuat aku jeles besar apabila menunjukkan gambar bakal awek dia semasa dalam kereta. Lawa pulak tu... Ini telah membuatkan aku bertambah tertekan apabila dia kata kalo yang ini on, terus jalan... err.. kawin..

Kalo ditengok dari kehenseman, aku lagi hensem... mungkin faktor kulit kot, kan perempuan suka lelaki yang berkulit gelap spt dia... walaubagaimanapun, Hifzan memang disukai ramai perempuan semasa di UM dulu. Hifzan dengan bangganya menolak, setia pada yang satu. Tapi apakan daya, kes pun macam aku jugak, awek lari dengan laki lain.

Masing2 lahir bulan 12, cuma aku tua beberapa hari dengan dia. Persamaan kitaorang banyak, terutamanya banyak bercakap & friendly, tapi perbezaannya lebih ketara dari segi kepimpinan. Hifzan lebih independent, bertanggungjawab dan amanah memegang jawatan, rasional dan tidak menunjuk-nunjuk. Dia lebih low profile dalam segalanya2nya, asalkan ada dan asalkan dia happy. Cuma surrounding dia aje tak best, sebab kerja dengan kerajaan. Katanya ramai orang tak suka dia. Wallahuaklam.

Oleh sebab tak ada model, Hifzan menjadi model aku kali ini. Banyak gambar potrait dia aku ambil disekitar KLCC. Kengkadang dia pun menyampah tengok kamera... huhuhu...

"Aku tak pernah kena ambik gambar sebanyak ini" jelasnya.
"Nanti aku nak semua gambar aku" tambahnya lagi.

Next week dia pergi Australia, beli kambing.

0 comments: